Sekadar berkongsi rasa jiwa...

Friday, November 11, 2011

Rakyat Malaysia Kaya Budi


Premises:

Malaysia sebuah negara majmuk, rakyatnya berbilang kaum dan agama.
Semua orang setuju.

Rakyat Malaysia berbudi bahasa.
Semua orang setuju.

Rakyat Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain.
Ya, semua setuju.

Kaum yang mempunyai populasi terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu.
Ya, fakta.

Conclusion:

Kaum Melayu berbudi bahasa.
Semua setuju?
Sila ketuk meja jika setuju.
Jangan baling kerusi jika tidak setuju.

Ya, nampaknya ada seseorang di hujung sana yang tidak jadi membaling kerusinya. “Cik, boleh clearkan status cik?” Cik di hujung sana angkat muka. Nampak tidak puas hati. http://www.emocutez.com
“Saya tak setuju, tapi tak boleh baling kerusi. Boleh saya pecahkan meja ni?” Oh, jangan cik. “Ini meja kerajaan. Tolong jangan rosakkan harta benda awam.”

Hemm…siapa yang kat sini, yang tengah baca artikel ni yang tak setuju kalau saya kata orang Melayu berbudi bahasa? Saya jamin hampir 99% orang setuju dengan pernyataan saya tadi. Yelah, orang Melayu kan kaya dengan adat dan budaya, yang molek-molek, yang sopan santun, yang kurik kundi, yang merah saga, baik budi, indahlah bahasa. Eh, eh, cik di hujung sana dah angkat tangan.

“Saya tak puas hati. Pagi tadi saya pergi pasar, nak beli sayur.  Dah pilih-pilih sayur, letak dalam bakul saya, pergi la bawak ke kaunter. Nak timbang, nak bayar. Kebetulan ada orang tengah timbang and bayar. So, saya tunggu belakang dia, as in beratur. BERATUR okay! Then, all of a sudden, datang dua orang makcik melayu, sedap-sedap bawak bakul yang penuh, lalu depan saya, and letak bakul diorang kat kaunter. What the…???” 
                                                                         Googleimage

Cik nampak emosi. Kita patut cungkil lagi. “Apa yang berlaku selepas tu, cik?” Cik tarik nafas. Sudah nampak sedikit tenang. “Makcik dua orang tu berbual-bual dengan tokey kedai, sambil si tokey kedai timbang sayur diorang. I assume dua orang tu pelanggan tetap, or saling mengenali tokey kedai tu. Tapi saya tetap tak puas hati! Saya beratur! Makcik dua orang ni sedap-sedap potong lane! Saya tak suka! It is impolite!" Okay, we got the point here.

Cik di hujung sana ni tak setuju dengan pernyataan yang orang Melayu ni berbudi bahasa, sopan santun, berdasarkan situasi yang dialaminya di pasar. Cik tak boleh buat generalization, dengan hanya memerhatikan makcik dua orang tadi, cik nak sabitkan orang Melayu seluruhnya dengan kesalahan tidak berlaku sopan dengan orang lain.

“Okay, take this one more example.” Seorang lelaki di tengah dewan bersuara. “Saya pergi kenduri kahwin, and makanan dihidang secara buffet. As usual, beratur untuk ambil makanan, start with nasi and end with dessert; buah or puding or even bunga telur. Baru saya nak pegang senduk nak cedok lauk ayam masak merah, tiba-tiba seorang lelaki pertengahan usia grab that senduk, cedok ayam seketul dua masuk pinggan dia and go just like that! Can I call that rude?”

                                                                         Googleimage

Let we see……………………………………………………..dua orang makcik potong lane nak bayar sayur di pasar dan seorang lelaki pertengahan usia tiba-tiba menyelit cedok lauk ayam masak merah di kenduri kahwin. Midlife crisis???

“Anak saya suka merungut tak dapat beli makanan di kantin sekolah waktu rehat. Alasannya, semua budak berebut-rebut nak beli makanan, tak beratur. Dia pulak badan kecil ,memang takde can la nak ke depan kaunter jual makanan tu. Tu yang sekarang ni hari-hari saya paksa juga dia bawak bekal dari rumah.” Seorang perempuan berbaju kurung menyampuk.

Kes ketiga memberi isyarat bahawa midlife crisis bukan jawapan permasalahan ini.

“Naik tren pun masalah juga.” Remaja lelaki memakai topi putih tarik perhatian hadirin. “ Punyalah banyak pintu kat tren tu, yang semua nak tuju pintu kat tengah-tengah tu kenapa? Dah tau situ penuh, pegilah kat pintu depan sekali. Ni tak, nak berebut-rebut jugak, tolak-menolak, sampaikan kadang-kadang orang yang nak keluar tren pun terpaksa menjerit-jerit suruh bagi laluan. Maybe some Malaysians should be taught manners!”


                                                                                                 Googleimage

Ok…..kes makin banyak dibentangkan. Alarming number of situations! Bukan satu atau dua atau tiga atau empat contoh situasi yang menunjukkan sikap rakyat Malaysia dan kaum Melayu yang tidak bersopan santun. Bahkan di jalan raya juga, ada sebilangan rakyat Malaysia yang tunjuk samseng. Memotong ikut lorong kecemasan. Takpelah, kita anggap aje lah yang dia dah tak tahan nak terberak, ye tak?
                                                                                                                                              http://www.emocutez.com

Maybe it is true that some Malaysians should be taught on how to behave in every single occasion. How not to be rude when waiting for your turn to pay, to take food, to board, and even to pee and to poo. Ni apa kes kat tandas pun kau nak rempuh je masuk sedangkan orang dah beratur dulu sebelum kau? Kalau nak tercirit tu diampunkan jugak. Ini takde cakap apa-apa, buat muka donno (don’t know) masuk tandas yang baru dikosongkan. Buat bengkak hati betul.

Buat rakyat Malaysia yang mengikut peraturan, yang beratur, syabas saya ucapkan. Yang bukan setakat beratur masa nak beli McD or nak ambil duit kat ATM je, tapi juga di tandas, di kenduri kahwin, tahniah dan tahniah!
                                       http://www.emocutez.com

Anda telah tidak memalukan diri anda. Tapi bagi rakyat Malaysia yang tak reti-reti nak beratur, ini soalan yang patut anda jawab. Soalan ini ditujukan kepada saya oleh seorang kawan saya, Singaporean. She asked me, “Orang Malaysia ni memang tak beratur ye? Diorang kata kalau beratur tu skema ye?” Tolong jawab ye orang-orang yang tak reti beratur. Saya nak proceedkan jawapan anda pada kawan saya tu.

Renung-renungkanlah, kalau ikut logik akal pun, berebut-rebut ni, tak ikut barisan ni gaya siapa? Gaya apa? Yang berebut-rebut makanan tu namanya kita panggil apa? Sedangkan mangsa tsunami yang kat Jepun tu, yang dalam kedaan terdesak kelaparan pun beratur nak terima bantuan makanan, kita yang di Malaysia, yang melimpah ruah lauk masa kenduri sampai berbuang tak habis tu, tak malu ke nak berebut-rebut? Samalah kalau rumah terbuka pun, takut benor makanan habis! Tuhan kata, kalau bukan rezeki, dalam mulut pun boleh jatuh, dalam perut pun boleh keluar tau.

Buat orang-orang Melayu terutamanya, yang beragama Islam, moh le kita beratur. Di tandas, di kenduri, di rumah terbuka, di jalan raya, di pasar, di McD dan KFC, di stesen LRT, di kafe pejabat, di kantin sekolah, di mana-mana yang sepatutnya. Tunjukkan akhlak karimah, akhlak mulia, adat sopan Melayu, yang penuh budi dan bahasa. Tak kiralah anda tua ke, muda, berpendidikan tinggi, lepasan SPM, cantik, kurang lawa, kalau budi bahasa takde, takde maknanya umur, pendidikan, pangkat dan kecantikan tu. Orang tak pandang tu semua kalau dah tak berbudi berbahasa. Orang buat bahan kutuk lagi adalah.

Saya mohon ampun dan maaf kalau ada yang terasa hati, terkelu lidah, rasa nak campak-campak laptop, nak ketuk-ketuk dahi sendiri, nak mengutuk mengata saya bila baca artikel ni...tapi inilah yang saya observe sepanjang hidup saya di bumi bertuah Malaysia ni. Moga kita semua tidak mengamalkan sikap tidak beratur yang amat tidak sopan dan menjengkelkan orang lain yang beratur. Sekian.