Sekadar berkongsi rasa jiwa...

Saturday, October 29, 2011

Salah wanita





Dalam sekian banyak yang buruk (AF, Mentor, Gadis Melayu, bla bla bla),








yang baik dan membina (Solehah, Ustazah Pilihan) pula yang disebut-sebut, ditimbal analisa, di cari buruk dan kurangnya.



Imam Muda tak pula menerima nasib yang sama?

Kenapa ye?

Ooohh....sebab Imam Muda untuk lelaki...........  -------------------->

Solehah, Ustazah Pilihan?

Ohhh...untuk perempuan.....

Kalau beradanya wanita itu di khalayak salah, kurung rantaikan sahaja wanita di rumah. Jangan beri lesen memandu, jangan izin wanita bekerja.

Kalau salah wanita menonjolkan diri ke hadapan, janganlah ada seorang pun muslimat menjadi wakil rakyat, bahkan menteri....SALAH tu!

Kalau salah wanita muncul di media, berhentikan saja kerja si pembaca berita di TV3 dan TV9 itu. Jangan benarkan ada satu pun rancangan televisyen yang diacarakan oleh wanita, hatta dia berjilbab sekalipun.

Kalau wanita tidak boleh menggunakan media massa sebagai platform da'wah, tolonglah larang Ustazah Bahyah muncul di televisyen. Tolonglah jangan siarkan rancangan bual bicara kelolaan Dr. Masyitah. Tolong dan tolonglah bubarkan rancangan Tanyalah Ustazah di TV9.




Kalau salah wanita berda'wah menggunakan media massa, salahlah juga wanita berda'wah di surau, majlis agama dan institusi pengajian tinggi.


Kalau salah rancangan realiti TV Solehah dan Ustazah Pilihan disiarkan secara terbuka, maka TAK SALAHlah rancangan realiti TV AF, Mentor, Gadis Melayu,bla bla bla disiarkan secara terbuka dan diulang-ulang siarannya di televisyen.

Setelah membaca segala persoalan di atas, janganlah lekas-lekas menuding jari kepada saya, mengatakan saya ini liberalisme, atau pula feminisme.

Saya menghormati pandangan sesetengah orang, yang mana menonjolkan wanita itu tidak harus, tidak boleh kerana boleh menimbulkan fitnah.

Saya menghormati pandangan sesetengah pihak yang mengatakan wanita itu biarnya diam di rumah.

Saya hormat, tidak bermakna saya setuju, saya akur.

Kalaulah wanita itu tempatnya bukan di kalangan masyarakat untuk berbakti tetapi di lingkungan keluarganya sahaja, sudah lama Nabi s.a.w melarang wanita-wanita pada zamannya untuk turut keluar berbakti dan menuntut ilmu. Sudah semestinya Nabi s.a.w melarang Nusaibah menjadi jururawat kala peperangan di zaman itu.

Mengapalah kita mahu sibuk-sibuk menghalang kebaikan dihebah-hebahkan, tetapi senyap-senyap pula tika kejahatan dan kemungkaran berleluasa, malah bermaharajalela?

Mengapalah sentiasa mahu nahy munkar (mencegah kemungkaran dan keburukan) sedangkan yang lebih baiknya amar ma'ruf ( menggalakkan perbuatan-perbuatan baik)?

 Kalau difikir-fikirkan semula, secara psikologinya, bukankah manusia itu lebih terkesan dengan perbuatan yang zahir nyata berbanding kata-kata yang didengar sahaja? Bukankah manusia itu boleh berubah jika betul gaya dan cara didikannya?

Tunjukkanlah kebaikan, biar sampai muntah dan jelak, daripada memomokkan dengan keburukan dan kemaksiatan sehingga keburukan dan kemaksiatan itu sudah jadi perkara biasa, seperti tidak ada dosa padanya. Sanggupkah kita membesarkan anak-anak dan adik-adik dalam lingkungan masyarakat yang saban hari dihidang drama swasta kisah cinta dan air mata, ataupun persembahan pentas melalak menjerit sambil buka baju dan tunjuk dada? Mahukah kita anak-anak dan adik-adik kita membesar dengan kepercayaan dan pegangan bahawa berpegangan tangan lelaki dan perempuan bukan mahram itu tak mengapa, minum arak itu tidak berdosa, dan menderhakai ibu bapa itu boleh sahaja?



Kalau wanita-wanita solehah terperuk sahaja di rumah, bagaimanakah gadis-gadis yang keluar rumah ingin menjadi solehah? Tidak ada model ikutan, tidak ada contoh tauladan. Kalaupun ada yang menyangkal mengatakan dari rumah pun boleh berda'wah, tolonglah, sejauh manalah da'wah itu dapat dikembangkan? Kalaupun ada internet, medium itu saja tidak mencukupi untuk sekalian umat manusia yang berjuta-juta orangnya. Yang mana tidak semua orang saban hari menggodek internet suka-suka.

Pandanglah sekeliling. Ini zaman globalisasi. Ini zaman mehnah, zaman fitnah. Kalau orang berlumba-lumba memesongkan akidah umat Islam dan memporak-perandakan akhlak umat Islam dengan segala bentuk hiburan dan media yang ada, kenapa kita tidak patahkan dakyah mereka dengan senjata yang sama, dengan cara yang lebih baik yang diajarkan Islam?

Ini bukan waktunya untuk saling mengata dan memburuk-burukkan sesama Muslim, ini masa kita bangkit menyatupadukan Muslim yang kian berpecah, yang makin menjauhi satu sama lain. Sokonglah yang baik dan bermanfaat itu,moga-moga berterusan jadi amal kita dalam membantu sesama Muslim, moga jadi Mukmin yang memanfaatkan orang lain pula.


قال الرسول   : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي
Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya




Tuesday, October 25, 2011

Setiap kali bertembung dengan sesuatu isu, otak pasti ligat mencambah idea-idea dan pandangan-pandangan individu. Namun tika laptop dibuka sahaja, idea bagai mati, kering sendiri. Tangan sudah tidak ligat menaip itu ini, meski sekadar untuk kepuasan diri sendiri. Bukan hati kosong, tidak juga jiwa mati, mungkin cuma ilham yang yang belum muncul-muncul menampakkan diri. Mungkin juga sekarang lebih selesa membaca nukilan insan-insan hebat, atau juga, mungkin lebih senang mendengar cerita-cerita orang di sekelilingku. Atau juga sebenarnya, aku sudah letih berceloteh itu dan ini dengan pendamping-pendamping setia yang saban hari bertemu muka, berkongsi rasa.

Tiada ucapan terindah selain syukur yang dapat diucapkan, tiada rasa tertinggi selain bahagia yang dapat digambarkan. Melangkah melewati hari kelahiranku yang lalu, bagai satu anugerah tidak terbayangkan akan kuterima. Tuhan memberiku sesuatu. Tanda sayangnya Tuhan kepadaku. Terima kasih Tuhan!

Thursday, October 20, 2011

Menjaring Matahari


Kabut
Sengajakah engkau
Mewakili pikiranku
Pekat
Hitam berarak
Menyelimuti matahari
Aku dan semua yang ada di seklilingku
Merangkak menggapai dalam kelam
*
Mendung benarkah pertanda akan segera turun hujan
Deras agar semua basah yang ada di muka bumi
Siramilah juga jiwa kami semua
Yang tengah dirundung kegalauan

Roda jaman menggilas kita
Terseret tertatih-tatih
Sungguh hidup terus diburu berpacu dengan waktu
Tak ada yang dapat menolong selain yang di sana
Tak ada tempat yang membantu selain yang di sana
Dialah Tuhan

Dialah Tuhan

~Ebiet G. Ade

.: Sungguhlah, bila sesak, bila resah, hanya Dialah tempat kita kembali, tempat kita merujuk, tempat kita berserah. Jangan sesekali abaikan Dia, kala susah, kala senang, kerana hanya Dia yang ada untuk kita, bila-bila. Saat semua orang membuang kita, Dia tetap di situ, saat semua orang menyanjung kita, Dia yang memerhati. Dengarlah kata-kataNya, hayati, fahami, ikuti....dengan izinNya, hati yang keras bertukar lembut, jiwa yang lemah jadi tegap, dada yang kosong sebu berisi...moga Dia tak putuskan rahmat dan kasihNya buat kita...amiin.


Tuesday, October 11, 2011

1st batch of G14::

Hamdan lillah, segala kesyukuran dipanjatkan pada Allah atas kurnianNya tak terhingga buat kami semua. syukur kerana batch pertama daripada G14 telah berjaya menamatkan pengajian dan berjaya juga naik ke pentas menerima scroll.....congratulations!



gambar dengan kak ina takde,huhu, sebab kak ina datang lambat....n masa tu cam sempat posing2 kat kamera sape ntah,haha...sedara kak ina kot

doa kami semua, moga Nonie, Hajar, Kak Ina dan Kak Nik berjaya mencapai cita-cita dan moga Allah mengabulkan perancangan setelah graduasi ini...

doakan kami yang masih berada di taman ilmu dan budi ini...doakan kami berjaya mengikut jejak anda semua...

sayang kalian lillahi ta'ala...