Sekadar berkongsi rasa jiwa...

Friday, October 17, 2014

Patch Adams

Revisiting movie: PATCH ADAMS (1998)

an eye-opener story of how goodness,humanity and love trancends all other value you could reach.
betapa dalam dunia kita, kita takkan terlepas daripada berinteraksi dan berkomunikasi dengan manusia lain. biar sepandai mana atau sehebat mana ilmu dan teori yang kita ada, takkan berguna jika kita tidak bijak dalam hubungan sosial dan pengendalian emosi.

Patch yang mempersoalkan 'soulless' situation dalam bidang perubatan...membawa saya merefleksi dunia yang saya ceburi kini; pendidikan.

pada saya,semua bidang punya jiwa dan harus punya jiwa, walaupun ianya bidang kejuruteraan yang bergelumang dengan mesin dan jentera. kerana hasilnya nanti dinikmati siapa? manusia juga bukan?
jiwa dan pengisiannya amat penting dalam bidang pendidikan. manusia adalah makhluk dua dimensi,punya dua fitrah.
fitrah fizikal dan fitrah abstrak @ spiritual @ psikologikal.
 maka, memenuhi keperluan fizikal manusia semata tak akan membantunya berkembang sebagai manusia seimbang dan lengkap. well-balanced man.

mengasak minda anak² dengan teori, fakta, nombor, tulisan di atas kertas, di dalam kelas tertutup berhawa dingin mungkin hanya akan membantu perkembangan kognitifnya. tapi bukankah pepatah Inggeris mengatakan "all works and no play make Jack a dull boy?"

bagaimanakah "dull boy" boleh menjadi pelajar cemerlang? iya mungkin, markah 100 yang dicapainya saban tahun boleh dibawa ke hadapan bakal majikannya kelak. tetapi adakah dia benar-benar layak dan berpotensi untuk berkhidmat sebagai pekerja dengan markah 100 itu? dan yang paling utama, dapatkah dia bertindak sebagai ahli masyarakat yang baik dengan markah 100 itu?

Ibn Khaldun bercerita tentang virtuous city, dan konsep itu hanya dapat diwujudkan oleh virtuous man. pembinaan virtuous man haruslah bermula dari awal usia,seawal² dalam rahim ibu lagi.guru pertama:ibu bapa

dan tugas institusi pendidikan adalah untuk menyediakan ruang dan peluang yang lebih besar dan komprehensif untuk anak² memperkembang kemampuan dan kemajuan fizikal, mental, emosi dan sosial sesuai fitrah yang telah Allah sistemkan dalam dirinya.
tugas guru: sebagai pendidik ke arah yang betul dan sesuai, sebagai kawan pendengar dan penasihat, rakan sepermainan, penguatkuasa dalam melatih disiplin dan akhlak mulia, mentor dan tutor dalam kemajuan akademik.

mediator @ pengantara yang menentukan maju mundurnya,berjaya tidaknya pendidikan ini? J.I.W.A.

"elleh,elok je budak tu,jadi engineer dah, cikgu dia dulu push hari² belajar³..."

"takde masa la nak cakap pasal perkembangan emosi,sosial ni. silibus banyak nak kene habiskan."

"kalau tak garang, tak marah..budak² ni bukan reti nak diam. berlari sana sini."

"cikgu jangan lembut sangat dengan anak murid.nanti diorang pijak kepala."

kenapa ini masih kedengaran, walaupun dunia semakin maju?

kerana ramai yang menidakkan kuasa jiwa,dan peranan jiwa dalam pendidikan. ya,dia sudah menjadi jurutera, tapi hidupnya bagaimana? sikapnya?

ya, mereka berlari sana sini kerana itu fitrah mereka.

ya, mereka akan pijak kepala jika tidak dididik dengan peraturan dan disiplin yang betul sejak kecil.

jika jiwa mereka sudah dididik dengan asuhan yang betul sejak kecil,insyaAllah tiada masalah serius akan timbul melibatkan sikap,akhlaq, perangai apabila mereka dewasa.

jiwa atau disebut soul, nafs...pengemudi hidup manusia. sebab? letaknya di hati. baik dan elok seketul darah itu, baiklah seluruh tubuh, sabda Nabi.

pentingnya pendidikan, dan pendidikan awal khususnya,dalam MEMBENTUK dan MENDIDIK JIWA.

dan di sini letaknya tugas mulia guru, yang bukan sekadar mengajar tulis dan baca,tetapi mengajar menjadi manusia.

post/script: maaf atas status panjang lebar. maaf jika membaca dan berasa terkeliru atau celaru, kerana ilham berebut² mahu mengisi tempat di kanvas maya ini. saya sekadar mengongsi coretan jiwa. berkongsi ilmu yang tak seberapa. maaf jika tersalah,harap dibetulkan.

post-post/script: insyAllah ada rezeki saya kongsikan berkenaan responsive environment yang insyaAllah boleh diaplikasi oleh ibu bapa dan guru dalam mengisi jiwa anak² dan kita sendiri sebenarnya. doakan disertasi saya.





‪#‎earlychildhoodeducation‬ ‪#‎soulnedu‬ ‪#‎foodforthought‬ ‪#‎iamanovice‬