Sekadar berkongsi rasa jiwa...

Thursday, April 21, 2011

Bahagia itu di mana?

Bahagia tak kalau................

... kita dapat ape yang kita nak?

... kita jumpa orang yang kita suka?














.. terpaksa berpisah dengan orang yang kita sayang?



... kita dapat capai cita-cita kita? yang selama ini kita idam-idamkan?




... kita terpaksa susahkan orang yang kita sayang semata-mata demi nak capai cita-cita kita?




... terpaksa sakitkan hati orang yang kita sayang demi dapatkan apa yang kita nak? yang kita angan-angankan?







... hati kita dilukai oleh orang yang kita sayang, kita cinta?


... kita buat orang yang kita sayang, kita cinta sedih?


... kita korbankan perasaan sendiri demi kebahagiaan orang yang kita sangat-sangat sayang?



... kita dengan rela hati bersusah payah demi orang yang kita sayang, sangat-sangat sayang?



... kita bergelut dalam susah, dalam payah?


... terpaksa tempuh ranjau duka, hingga terbit keluh duka, mengalir tawa pedih, namun bersama hadir orang yang kita sayang di sisi?









Bahagia itu di hati, di mata, atau di lidah?

Monday, April 18, 2011

Hangat menghuni lubuk jiwa





Takkan ada satu pun di dunia ini yang bisa menggantikan kenangan manis yang kita cipta selama ini
takkan ada satu pun yang bisa ditukarkan dengan  tawa ria bersama kalian selama ini
takkan ada siapa pun yang bisa mengalihkan tempat kalian dalam hati ini
takkan ada satu pun yang bisa menghangatkan jiwa ini seperti yang kalian lakukan
takkan ada siapa pun yang bisa memadam coret warna yang telah kalian palitkan dalam hidup ini
takkan ada...
takkan ada lagi yang seperti kalian


Hangat menghuni lubuk jiwa paling dalam
tempat yang mungkin takkan terusik lagi selepas ini kerana
hanya kalian yang layak berdiam di situ
kerana di situlah tempat kalian 
yang telah lama diam
tanpa aku sedari


Tiada kata lebih rinci dapat diucap
kerana lagu di jiwa tak sama rentaknya dengan pena yang menari
tinta emas pun tak bisa menjangkau mencoretkan indahnya hikayat yang kita lipurkan selama ini
buku termahal di dunia pun tak tertandingkan nota cinta termanis dalam hati ini


Kalian,
titis air mata tak kering mengiringi saat bait-bait kata ini kuluahkan
sungguh selama ini jarang sekali kuluahkan detik hati ini
namun
perpisahan ini  benar-benar menyedarkan
makna sebuah persahabatan dan erti kasih sayang
sakit,
sungguh sakit berpisah dengan orang yang kita sayang


Terima kasih kalian 
kerana menerima diriku ini seadanya
menyayangi aku
mengajar aku begitu banyak perkara
kerana kalianlah aku menjadi sematang ini
menjadi aku yang kini
kalianlah cermin buatku selama kita bersama
daripada kalianlah
aku mengubah diriku
menjadi aku yang lebih baik
lebih baik daripada aku 
yang kalian kenal pertama kali dulu


Terima kasih 
terima kasih
terima kasih
tak terbalas rasanya jasa kalian pada diriku
yang lemah dan buruk ini


Maafkan segala salah silapku pada kalian
tutur kataku yang menyakit hati
mimik mukaku yang menyentap rasa
tingkah lakuku yang menggores jiwa
maafkan aku kerana
tak mampu diriku menjadi kawan, sahabat
yang baik untuk kalian
yang memahami
yang bertolak ansur
yang penyayang
yang sanggup berkongsi tawa duka
yang sentiasa ada kala ria dan air mata


Sungguh
aku sayang kalian
Tuan Nor Shazni Tuan Muda, Shakina Mohd Said & Hajar Aisyah Yusoh
sayang kalian
sangat-sangat!


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Friday, April 15, 2011

kadang-kadang kita sayangkan seseorang, tapi orang tu tak semestinya sayang kita juga. kadang-kadang orang yang kita tak sayang yang sayang kita lebih daripada kita sayang orang yang kita sayang. kerapkali kita rasa orang yang kita sayang tak sayangkan kita, acapkali pula kita tak nampak orang sayang kita dalam cara yang berbeza-beza. namun seringkali kita tak menghargai orang yang kita sayang, lebih kerap pula kita tak menghargai orang yang sayangkan kita. mungkin cara dia menyayangi kita tak seperti yang kita impi dan harapkan, tetapi kalau kita lepaskan satu peluang yang Tuhan beri pada kita untuk disayangi...adakah kita akan jumpa kasih sayang seperti itu lagi? adakah akan Tuhan kirimkan pada kita seorang lagi insan yang sayangkan kita sebagaimana dia?

Wednesday, April 13, 2011

air mata ini
tadahkan
buat bekal hari nanti
mendepan jerit dan herdik orang
menadah dusta dan nista lawan
menepis manis dan pahit kata
setitik pun jangan dibazir lewa
biar tumpah ke tanah tak apa
hingga meresap
jadi baja
tempat kau berpijak kelak
sampai subur kuat dan tegap hatimu
sampai bengkok panah palsu 
cuba merejam merobek suci jiwa
air mata ini
tadahkan 


Tuesday, April 12, 2011

mode musim exam ni......
selalunya
happy-stress-extravagant happy-stress-
bila extravagant happy ------> melalut
tak hengat dunia
keluar happy^happy
http://www.emocutez.com
berjalan satu kl
tak ingat jalan mane kene amik nak balik U...
adoi-doi-doi......
bila stress???
muka monyok
muncung dah berdepa cam cencorot...
dahi kerut-kerut....
ngadap nota dah macam ngadap surat mintak hadir mahkamah
tengok kertas soalan sem-sem lepas dah macam tengok surat mintak cerai
terbeliak-beliak biji mata
dalam hati dah merungut-rungut
kepala usah kata la
pening tak boleh bayang
"how am I gonna do this???"
ataupun
"ohhh God! soalan macam hape! macam mane nak jawab esok ni???!!!!"

hambek kau...hambek!!
tu la...masa masuk awal sem
beria-ia
semangat tinggi sampai langit ketujuh
nak study rajin*rajin la
nak buat notes awal la
http://www.emocutez.com
hape la
sudahnye??
last minute jugakkkkkkkkkkkkkk.....
http://www.emocutez.com
hmppffhhhh...............gitula
tiap-tiap sem...diulangi, TIAP-TIAP SEM sama! ok!

hari yang sangat indah hari ni
disulami gelak tawa dan inderaloka
ehmmm...
walaupun ade benda yang kurang menyelesakan
tapi sangat melegakan terjadi
hari yang indah ni
memang sangat indah.....
http://www.emocutez.com

tiap kali bersama dia dan dia... http://www.emocutez.com
pasti persoalan hati tak pernah lekang daripada bibir kami
persoalan hati *sigh*
sangat susah
sangat susah ye! untuk berhenti daripada berbincang persoalan hati
umur pun dah makin naik
kawan-kawan sekeliling beransur-ansur tinggalkan group
group 'single'...
sedara-mara pulak
bila balik
tak penat-penat tanya
"yang ni dah berpunya ke?"
ataupun
"bila nak sambut menantu?"
ataupun
"asyik pergi kenduri orang je...awak tu bila nak buat kenduri?"
tambah-tambah pulak
bila sepupu sepapat yang sama baya dirisik, dilamar orang
lagilah tambah tekanan
hahaha....pressure cooker betol  http://www.emocutez.com

hal hati dan perasaan
kadang-kadang kalau dilayan
tambah parah...tambah sesak dada
kalau dibiarkan
macam patung bernyawa pulak rasanya
nak buat ape ye?

biarlah masa yang menentukan...
eh,eh....masa boleh tentukan sesuatu ke?
taklah...Allah
yup!
biarlah Allah yang tentukan
tapi dalam masa yang sama
kita berusaha
jaga hati dan jaga diri
tak salah berkawan (for me....)
kerana daripada berkawan itulah
kita belajar banyak benda
warna-warni hidup
warna-warni manusia
yang berbagai rupa
dan ragam perangai
supaya nanti
bila dah jumpa si dia...

http://www.emocutez.com

...bila dah jumpa si dia...
kita dah tau serba-sedikit ragam dunia yang akan ditempuh
kita dah dapat rasa sikit-sikit rencah hidup yang berbagai-bagai
kita tak cepat melatah bila air parit tiba-tiba pasang
almaklumlah...KL...banjir kilat bila-bila masa (mode:merapu)
kita tak cepat menghukum bila dentum guruh tiba-tiba menyapa telinga
rileks....entah-entah hujan kat California sana, bukan kat Kampung Mata Ayer ni...(merapu lagi...)
kita tak tergesa-gesa buka payung bila weather forecast kata hari nak ribut...
padahal yang kita dengar tu ramalan untuk China...bukan Petaling Street (...dan lagi)

bila bahagia datang mengetuk pintu tu
terimalah....
nikmati...
sebab kita takkan tahu bila lagi Tuhan nak kurniakan rasa itu untuk kita
kalau kita tak ambil peluang tu sekarang...

tapi
bila Tuhan datangkan bahagia tu bersama pakej duka
http://www.emocutez.com
mungkin itu ujian untuk kita
supaya kita bersabar
dan bersabar
mungkin Tuhan dah sediakan bahagia yang lebih besar dan bermakna untuk kita
di masa akan datang
satu hari nanti
mana tahu
tiba-tiba
bahagia tu datang.....syuppppppppp     
terus masuk rumah kita
duduk tercongok depan kita
masuk tak diajak, datang tak diundang...
sebab
Tuhan dah lapangkan pintu tu untuk dia...


Monday, April 11, 2011

Pabila duka itu datang menjengukmu
jangan kau palingkan muka daripadanya
kerana duka itu bisa jadi penawar hatimu yang basah
dengan ketawa dan ria sentiasa
Ketika suka datang mengetuk pintu
jangan takut untuk membukanya
biar suka jadi teman
menepis sedih dan pedihmu   








Sewaktu marah memunculkan diri
jangan kau pamitnya dekat lagi
jangan juga dihalau pergi
timbang-timbangkan dulu eloknya peri
kadang perlu untuk sendiri
meluah sakit dan panas hati
Tatkala senang menawar budi
jangan kau terima seriang hati
biar tetap diri, hati tak lupa iman                     
risau-risau terbabas, menempah maut kuburan sendiri
Jikalau payah, susah datang mengganti
biar, biar… rasakan sakit itu seminit jua
tanda Tuhan beri peringatan
pada diri yang lupa syukur 
namun
jangan dilepas doa dan ratib
mohon dilepas sengsara dunia
moga akhirat pun sama juga

Sunday, April 10, 2011

Suka melihat dan menatap tak sama dengan rasa suka untuk mempunyai,
Setia mendengar tidak bermakna ada gembira di hati,
Tahan diuji mungkin tanda sabar menanti,
Bermulut manis kadangkala menahan marah tak terperi,
Tangan diam di sisi tak bererti tak akan naik tinggi,
Senyum menggula minta debar gegas lari…
Bilah-bilah waktu yang memotong hari-hari kadang terasa pantas tika jiwa subur dalam taman kasih,
Namun tika ini, sayang
Pabila setiap madu jadi racun
Nantikan saja detik tergugahnya tembok keyakinan ku padamu
Dan semua yang kularakan tadi
Baru kau rasa kepanasannya. 

~jangan biarkan bunga itu berubah warna~

boleh tak kita ubah takdir kita?




jika anda sekalian dapat mengetahui masa depan anda...
apa yang akan anda lakukan?
move on?
berdiam seketika, dan teruskan langkah?
menunggu saat itu tiba, dengan atau tanpa usaha?
atau...
berpatah ke belakang?

takdir - destiny 
satu perkara yang sangat tak terjangkau fikiran
tiada daya menebaknya
sedangkan takdir kita seminit ke depan pun tak dapat diteka
apatah lagi sepuluh tahun akan tiba?

melangkah meniti hari-hari
tersedar diri semakin tua
uhuk3
macam-macam benda dah kene difikirkan
kerja
aset
keluarga


a.k.a
kahwin

seorang kawan pernah bertanya
"boleh tak kita ubah takdir kita?
kita rase memang kita suka dia
dan dia suka kita
tapi
keadaan macam agak sulit
untuk kitorang bersatu
macam tak mengizinkan
boleh tak kalau kitorang
masih nak cuba?"

aku terdiam sejenak
"kau tau tak takdir kau?"

"tak"

"then
usaha
sebab kita tak tau apa akan jadi
sedangkan yang kahwin pun
boleh bercerai
takde salahnya mencuba
selagi ada daya
sebab Tuhan juga yang menentukan akhirnya"

takdir
begitu banyak pendapat mengenainya
dalam agama sendiri
setiap school of thought ada pegangan sendiri
qadariyyah
dengan free-will
setiap tindakan manusia tergantung pada dirinya sendiri
jabariyyah
segala-galanya tergantung pada Allah
kita umpama bulu yang ditiup angin

kita mahu pegang yang mana?
pegang yang sederhana saja
pertengahan
setiap tindakan kita
diberikan Allah pilihan dan kuasa untuk bertindak
yang tergantung pada Dia
'kun' kataNya
maka jadilah

takdir-destiny
bukan kita menentukan
tapi dapat kita mencorakkan
"boleh tak kita ubah takdir kita?"
kita tak tahu
sebab?
kita tak tahu pun
takdir kita
tulisan Allah untuk kita
ketentuan Allah untuk masa depan kita
kerja kita
jodoh kita
rezeki kita esok
maut kita
kuburan kita
semua tergantung Dia

apa yang tinggal untuk kita?
usaha
usaha
usaha
doa
tawakkul

kita tiada kuasa
nak tentukan masa depan 
kerana dalam tanganNya lah 
segala-galanya
tapi
usaha
usaha
usaha
doa
tawakkul
untuk yang terbaik
terbaik
terbaik untuk kita
kerana
hanya Dia yang tahu!


~Tuhan
aku redha dengan ketentuanmu
kerana aku tahu
hanya yang terbaik
Kau berikan untuk setiap hambaMu~


Wednesday, April 6, 2011

don't dare

don't dare to read me deep and through
with your bare, naked eyes
don't dare to touch me here and there
with your bare, naked hands
don't dare to judge me in and out
with your bare, naked heart
don't dare to screen me up and down
with your bare, naked mind
don't dare to tag me red and blue
with your bare, naked lips
don't dare....
please....don't dare