Sekadar berkongsi rasa jiwa...

Sunday, June 13, 2010

Dalam Diam 8


Nurin mengira buku-buku yang baru dipinjamnya daripada perpustakaan sebentar tadi. Huh, berpeluh-peluh juga nak membawa buku-buku ni! Dia mengangkat enam buku tebal itu berhati-hati. “Nurin!” satu suara menyergahnya dari belakang. Hampir-hampir buku di tangannya terjatuh tetapi cepat-cepat dia menahan diri. Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang. 
Bulat matanya memandang sahabatnya itu, “Naj!” Najwa tersengih-sengih bagai kerang busuk. Pantas tangannya mengambil beberapa buah buku dari tangan Nurin, dikeleknya. Langkah diatur keluar daripada perpustakaan.
“Aku teringin nak makan tomyam lah,” Najwa merengek. Nurin mencebik, “Macam orang mengandung.” Sengaja dia hendak mengusik temannya itu. Bukan dia tidak tahu, Najwa kalau bab makan, cepat benar beremosi. “Alah, dah lama tak makan tomyam sedap. Kat rumah, kau faham-faham je lah, bukan diorang suka tomyam. Susah nak makan tau,” Najwa menjelaskan panjang lebar. 
Nurin mengangguk-angguk, “Aku tahulah cik kak oi, dah beribu-ribu kali aku rasa aku dengar pernyataan kau tu. Yelah, petang ni kita makan,” Nurin membuat janji. “Ajak Kamil,” Najwa memberi cadangan. Buntang mata Nurin mendengar ayat yang keluar daripada mulut Najwa. Otaknya ligat berfikir. Ajak Kamil?
Kamil memandu motorsikalnya perlahan-lahan melepasi bangunan Kulliyyah Kejuruteraan kemudian membelok ke kanan. Matanya melilau mencari tempat letak motorsikal yang kosong. Penuhnya! Ada apa-apa function ke hari ni? Dia berbisik perlahan. 
Matanya tertancap pada satu tempat kosong di sebelah Honda Wave merah. Dia memacu motorsikalnya perlahan-lahan. Sakit kepalanya bagai tidak mahu surut. Dia menoleh ke arah Honda Wave merah di sebelahnya. Cantik! Ahh, yang penting sekarang ialah tabib! Ya, dia perlukan seorang tabib.
Nurin mengatur langkah pantas. Ada banyak kerja yang perlu diselesaikannya hari ini dan masa bagaikan mengejarnya. Kunci motorsikal di dalam beg digagaunya. Tidak jumpa. Dibuka zip begnya. Dalam tak sedar, dia sudah sampai di tempat letak motorsikal. Kunci yang berada di tangan dicucuh ke tempatnya. 
Baru dia hendak mengeluarkan motorsikalnya daripada petak, dia terasa motorsikalnya begitu berat untuk digerakkan. Dikuis-kuis kakinya namun tetap tidak memberikan kesan. Hatinya menyumpah. Aku nak cepat ni, macam-macam hal pulak.
Tiba-tiba kedengaran suara garau tertawa. Nurin menoleh ke belakang. Ternganga mulutnya melihat Kamil yang tertunduk sambil ketawa besar. “Kamil!” dia menjerit kecil. Kamil mengangkat muka. Bibirnya mengulum senyum. 
“ Hai,” Kamil menyarung topi keledar. Nurin memerhatikannya lama. Kamil yang terasa diperhatikan menoleh. “Kau sakit ke? Demam?” Nurin bertanya. Dahinya berkerut sambil matanya tidak lepas memerhatikan lelaki itu. Kamil mengenyitkan mata. Enjin motorsikal dihidupkan. 
“Kamil,” Nurin meninggikan sedikit suaranya, mengatasi bingit bunyi dua motorsikal. Kamil memandang Nurin. Tersenyum. “Aku baik-baik saja. Janganlah risau,” Kamil berkira-kira mahu pergi. Panas matahari terasa bagai mencucuk kepalanya. “ Take care,” Nurin bersuara perlahan. Risau hatinya melihat plastik ubat di dalam raga motorsikal Kamil.
Meja makan kecil itu penuh dengan berbagai makanan. Najwa menelan liur. Nurin menggeleng-gelengkan kepala melihat ulah temannya yang seperti orang kebuluran itu. “Makanlah Naj. Kau tengok apa lagi? Tadi dia yang beria-ia sangat,” Nurin hairan. Sudah makanan tiba di depan mata, temannya itu membatu pula. Sepatutnya dia yang bersemangat hendak menjamah makanan yang layaknya dihidangkan untuk empat orang itu. 
“Aku tunggu seseorang,” Naj membalas namun matanya tak lepas daripada memandang makanan di atas meja itu. “Assalamu`alaikum.” Nurin berpaling ke arah suara itu terbit. Kemudian dia menjeling Najwa yang tersipu-sipu. Terus sahabatnya itu mencapai sudu dan garpu, santai menjamah hidangan di hadapan mata. Kamil mengambil tempat bertentangan dengan Nurin, manakala Aziz di sebelah kanannya. 
Mata Nurin menjeling Najwa yang khusyuk mengunyah. Najwa mengangkat kening kepada Kamil. Kamil tersenyum nipis, “Makan Aziz,orang belanja ni.” Nurin mendengus kecil. Siap kau Naj!
“Aku nak tengok korang berbaik semula. Itu je. Kau ni pun, merajuk lama sangat,” Najwa membela diri. Nurin melempar bantal kecil ke arah Najwa, lantas Najwa menyambutnya. “Kalau ye pun, bagilah hint kat aku. Ni dengan baju siang tadinye, dengan peluh-peluh pergi makan. Malu tau,” Nurin mencebikkan bibir. Najwa tergelak. “Ohh, ingatkan marah. Suka rupanya dapat jumpa buah hati!” dia menggiat sahabatnya itu. Nurin tersengih lebar. Siapa tak suka dapat jumpa orang dirindu! 
“Tapi jangan buat macam tu lagi tau, aku tak suka,” Nurin memandang muka Najwa, serius benar kelihatannya. “Kenapa?” Najwa mengangkat kening. Tanda tidak faham. “Mak ayah aku tak suka aku keluar dengan lelaki,” Nurin menerangkan. Najwa mengangkat kening, tanda mahu penjelasan lanjut. "Maksud aku...boyfriend," Nurin menerangkan. “Selama ni kau teman aku makan-makan dengan dia boleh pulak?” Najwa mengerutkan dahinya. Selama ni boleh je temankan aku makan dengan Faris?
“Itu lain, itu aku temankan kau and mak ayah kau tahu. Tak marah. Bukannya kau orang keluar berdua-duaan pun. Aku tak nak  la aku buat apa yang mak ayah kau tak suka. Aku pun tak nak biasakan diri buat benda-benda macam tu, tak elok dipandang orang,” Nurin menerangkan. Dia tak mahu disalah sangka oleh sahabatnya itu dan dia tak mahu rasa bersalah kepada kedua-dua orang tuanya menghimpit hati.
 “Selama ni aku keluar dengan Faris salah ke?” Najwa bertanya. Risau juga jika sahabatnya yang seorang ini tidak senang dengan tingkahnya selama ini tetapi tidak meluahkan rasa itu kerana ingin menjaga persahabatan mereka. 
“Aku ok je, as long as keluarga kau tahu, dan kau tak berdua-duaan dengan dia. Alah, selama ni kau makan je pun dengan dia, takdelah kau merayap ke, hang out sehari suntuk dengan si Faris  tu. No big apple lah,sayang,” Nurin menepuk bahu Najwa, memberi tanda sokongan. Dia percayakan gadis itu. Dia tahu Najwa takkan sewenang-wenangnya keluar dengan sesiapa, tambahan pula jika orang itu lelaki. Hendak diajak makan pun susah, apatah lagi berjalan-jalan bersama. “Thanks Nurin,” Najwa memeluk sahabatnya itu. Nurin tersenyum manis.
“Kau tak sihat ke?” Nurin menghulurkan pertanyaan kepada Kamil. Kamil membisu. Tangannya ligat menceduk kuah tomyam ke dalam mangkuk kecil. “Kamil..aku tanya kau ni,” Nurin bersuara lagi. Aziz di sebelah Kamil menyiku jejaka itu. Kamil memandang Aziz, kemudian beralih pandang kepada Nurin. Wajah gadis itu menggambarkan kesediannya untuk mendengar setiap patah kata yang bakal keluar daripada mulut lelaki itu.
“Demam sikit,” Kamil bersuara perlahan. Nurin mengeluh. “Susah sangat ke nak cakap yang awak tu demam? Ni dari tadi bertanya, dah setengah hari baru dapat jawapan. Huh, sabar ajelah! Teruk ke? Pening-pening tak? Ada rasa tak sedap perut ke,loya? Ni larat pulak keluar ni? Siapa yang bawak? Kau ke Aziz?” bertali arus soalan-soalan yang terbit. Aziz dan Najwa terlopong seketika memandang Nurin. Kamil hanya tersenyum nipis. 
“Fuyoh…kalah soalan periksa final la Nurin. Macam M-16 aku tengok kau bercakap,” Najwa bersuara. Nurin tersipu-sipu, sedar keterlanjurannya sebentar tadi. “Ehm,sorry Kamil. Banyak sangat tanya,” Nurin kembali meneruskan suapannya yang terbantut sebentar tadi. “Takpe, at least aku tau kau concern kat aku. Takdelah teruk sangat, boleh berjalan lagi ni. Ni pun tadi, Aziz drive kereta dia,” Kamil kedengarannya membela Nurin. 
Najwa menepuk-nepuk bahu Nurin, “Betul,betul,betul…Nurin ni memang concern. Saje dia tak nak tunjuk, tak nak kau lagi terjatuh hati.” Aziz ketawa kuat. Najwa turut sama. Kamil menutup mulutnya, menahan tawa. Kering tekaknya bertambah perit jika dia ketawa. “Memang dah sangat jatuh hati pun,” Aziz mengusik pasangan itu. Nurin terkulat-kulat menghabiskan makanannya, mukanya kemerah-merahan menahan malu yang semakin beraja di hati.

1 comment:

wanusuki said...

uisshh...seksa tol suke kt org dalam diam ni...hahaha =)