Sekadar berkongsi rasa jiwa...

Tuesday, May 25, 2010

Dalam Diam 7


Najwa membelek-belek kertas di tangannya. Sesekali dahinya berkerut, sesekali mulutnya terkumat-kamit mengucapkan sesuatu yang tidak tentu butirnya. Sekejap dia bangun, sekejap dia duduk. Nurin memerhatikan sahabatnya itu sambil menongkat dagu di meja belajarnya.
Sedari tadi Najwa mundar-mandir di dalam compartmennya yang tidak seberapa besar ini. “Kau ni dari tadi lagi Naj. Semua yang kau buat serba tak kena. Apa masalahnya?” Nurin sudah malas pening-pening memikirkan punca kerunsingan sahabatnya itu. Lebih baik bertanya daripada terus-terusan meneka.
“Ni, jadual exam ni. Dah bertukar pulak. Macam mana ni,” Najwa mengeluh. Berat kedengarannya. “Yelah,aku tau jadual exam dah tukar. Apa masalahnya dengan kau?” Nurin bertanya lagi. Sungguh dia tidak faham dengan Najwa hari ini. 
“Kau ingat tak aku bagitau pasal kenduri kesyukuran kat rumah aku? Hah, itulah masalahnya. Kenduri tu hari Sabtu pagi dan kita habis exam Jumaat pagi. Macam mana ni? Kalau aku nak kejar bas tengah hari Jumaat tu, sempat tak?” Najwa memandang Nurin. Dia betul-betul buntu saat ini. 
Terbayang-bayang di matanya ibu yang keseorangan di dapur, menyediakan persiapan kenduri. Hendak diharapkan abang-abangnya, huh, dua hari dua malam barulah siap semua kerja. Lebih main daripada kerjanya.
“Aku rasa tak sempat lah Naj,kalau bas petang sempatlah, dalam pukul dua ke atas,” Nurin memberikan pandangan. Najwa terduduk di katil. Pusing kepalanya memikirkan jalan terbaik untuknya sampai di rumah awal, membantu ibunya menguruskan segala keperluan. “Tak boleh ke buat kenduri tu hari Ahad?” Nurin mengusulkan. 
Dahi Najwa berkerut. Dalam hati, Nurin mengutuk dirinya sendiri. Gatal betul mulut ni bertanya soalan yang tak patut! “ Ayah aku kene pergi outstation Ahad tu, abang-abang aku ada camping pulak. Gatal betul diorang tu, time tu lah nak pergi camping. Aku dah cakap kat mak aku, tapi mak kata susah juga kalau takde lelaki nak tolong kerja,” Najwa melipat-lipat kertas di tangannya. Nurin menggeleng-geleng. Payah jugak!
 “Macam ni lah Naj. Kita beli tiket untuk petang  Jumaat tu. Apa-apa hal berlaku, itu kemudian cerita. Yang penting kita beli tiket dulu,” Nurin memberikan idea. Najwa memandang Nurin. Bibirnya mengukir senyum. Selagi dia ada Nurin, segala-galanya mampu dihadapi!
“Nurin,” Najwa terjengul di pintu compartment sahabatnya. Nurin yang sedang khusyuk menulis mengangkat muka. Najwa mampir kepadanya yang sedang bersila di kerusi meja belajarnya. “Sorry Nurin, aku ada berita tak enak ni,” Najwa menayangkan muka kasihannya di hadapan Nurin. Nurin memandang sahabatnya itu. Apa hal pula ni?
“Abang aku akan ambil aku nanti. Dia ada di KL sekarang, ambil kawan dia yang nak pergi camping sekali. Alang-alang, dia akan ambil aku lepas exam esok dan terus balik,” Najwa memegang bahu Nurin. Nurin mencebirkan bibirnya. Lah, itu je kah berita tak enaknya? 
No big deal lah,kawan. Aku tak kisah pun. Lagipun tiket kau tu bukan aku yang bayar,” Nurin tergelak, mengusik Najwa. Najwa menumbuk bahu sahabatnya, perlahan. “Memanglah, tapi aku kesiankan kau, dah la sorang-sorang, terkejar-kejar pulak bas tu. Patutnya kau boleh balik lambat sikit kalau tak pasal aku. Eh, kau ikut aku balik?,” Najwa bersuara.
Nurin menggeleng-gelengkan kepalanya. Itu semua tidak menjadi masalah padanya. Dia suka balik awal ke rumah, malah tidak sabar-sabar membayangkan hari esok di mana dia akan berada di dalam perut bas menuju kampung halaman setelah berhempas-pulas menghadapi kertas-kertas peperiksaan yang mampu membunuhnya,tetapi untuk mengikut Najwa pulang? Ehm, tak perlulah. 
Dia malas berkejar-kejar seusai peperiksaan terakhirnya esok. Dia mahu segala-galanya berjalan dengan tenang mengikut perancangannya. Lagipun tiket sudah dibeli, sayang pula rasanya mensia-siakan tiket yang didapatkan setelah berpenat lelah mencari dan memandu kereta sewa ke Greenwood.
“Aku takde apa-apa,ok. Sayang pulak tiket aku tu, lagipun dah lama aku tak naik bas. Datang sini hari tu pun, tumpang kau jugak.Tiket kau tu, terpulang pada kau lah, nak simpan buat keychain atau nak jual pada orang. Jangan suruh aku jual balik kat kaunter tu sudah, tak sanggup aku nak bersesak-sesak kat situ,” Nurin tersengih.
Bukannya mengelak, tapi dia memang tidak suka berhimpit-himpit di kaunter tiket bas yang sempit itu. Tambahan pula esok hari Jumaat, memang ramai yang akan berebut-rebut mendapatkan tiket balik kampung. Najwa tersengih. Mindanya membayangkan sesuatu.
Nurin mengambil tempatnya di tepi tingkap. Dilaraskan pendingin hawa dia atas kepala, bimbang kesejukan yang tidak mampu dihadapinya akan membuatkan dia mahu ke tandas pula. Tempat duduk di  sebelahnya masih kosong. Dia tidak tahu  apa yang telah dilakukan Najwa dengan tiketnya. Bukan dia tidak mahu tahu, tetapi sahabatnya itu yang seakan-akan mahu berahsia dengannya.
Sedang dia asyik memandang ke luar tingkap, dia terasa bagai ada seseorang duduk di tempat Najwa. Mungkin Najwa dah jualkan tiketnya pada sesiapa, hati Nurin berdetik. Tapi, cepat betul dia dapat cari pembelinya? Jangan-jangan...
Nurin berpaling. Kamil yang sudah siap membetulkan tempat duduknya turut menoleh sambil tersenyum. Nurin mengetap bibir. Najwa!”Hai,” Nurin menyapa Kamil. “Hai,” Kamil membalas sapaan itu dan mereka tidak putus-putus berbual sepanjang perjalanan menuju bandar diraja negeri Perak.
***
Telefon bimbitnya mengalunkan lagu Bosson. Nurin menekan punat  hijau. “Assalamu’alaikum,” satu suara menyapanya. Dia menjawab ucapan itu perlahan.
“Dah buka bungkusan yang aku bagi?” suara itu bertanya. Nurin mengerling pembalut bungkusan itu yang sudah dikoyaknya sedari dia sampai di rumah petang tadi. “Dah,” Nurin menjawab. “ Hayatilah isi kandungannya, selami dengan hati, fahami dengan minda, dan aku akan tunggu jawapannya dari mulut kau sendiri,” suara lelaki itu kedengaran lembut di pendengaran Nurin. 
Sungguhpun ber’kau’ dan ‘aku’, dia selesa. “Ehm,” Nurin terkaku. Serasa soalan yang terpacul di benaknya tidak dapat diluahkan. “Najwa,” lelaki itu ketawa kecil. Dia dapat meramal apa yang ingin dikatakan gadis di hujung talian sana.
“Berikan aku masa untuk semua itu dan aku harap kau tak jemu menanti,” Nurin akhirnya bersuara. Setelah panggilan diputuskan, Nurin mencapai buku ‘Membina Cinta Sayang’ nukilan Dr. H.M.Tuah Iskandar yang berbalut kemas. Dia menyelak helaian-helaian buku sederhana tebal itu. Tangannya terhenti di muka surat 257. 
Di situ terletak elok seutas rantai tangan perak yang halus. Corak pembuatan rantai tangan itu menambat hatinya. Dibacanya artikel di ruangan itu dan hatinya membisikkan sesuatu. Sudah lama dia terpaut hati dengan pemberi hadiah ini!

No comments: