Kamil mengeluh. Sudah berkali-kali dia menghubungi gadis itu namun satu pun tidak berjawab. Naik bosan dia menunggu. Otaknya ligat memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang ada, mengapa gadis itu berdiam diri. Yang peliknya, mesejnya dibalas pula. Tiada masalah. Handphone rosakkah? Matanya merayap mencari pondok telefon awam yang ada. Ingin mencuba nasib. Huh, tiada pula! Yelah, zaman-zaman begini sudah jarang orang menggunakan perkhidmatan tersebut maka berkuranglah juga yang disediakan. Dia marahkan aku lagi ke? Hari tu pun,dia buat macam ni juga. Tapi kali ni, kenapa pula? Baru minggu lepas berbaik semula. Kamil mengomel sendirian. Hatinya tertanya-tanya.
“You’ve missed a special day,” itu jawapan Najwa apabila ditanya sebab Nurin membisu. Tercengang dia. “What special day?” Kamil bingung. Seingatnya tiada apa-apa yang istimewa berlaku sepanjang minggu ini, tiada juga acara tertentu bersangkutan dengan Nurin yang perlu dihadirinya. “Find out yourself, dude,” Najwa mematikan talian. Kamil memandang telefon bimbitnya lama. You’ve missed a special day. What day is that? Dia tertanya-tanya sendiri.
Aziz mengurut-urut dagunya yang tidak berjanggut itu. Kamil memusing-musingkan pensel di tangannya. Kedua-dua jejaka itu nampaknya serius sekali. Seorang di kerusi, seorang bersila di atas meja. “Hah!” Aziz bersuara lantang. Kamil memandang Aziz dengan pandangan tajam, “Nasib baik aku takde sakit jantung, tau!” Aziz memandang Kamil sambil tersengih, “Sorry bro.” “Mil, birthday Nurin bila?” Aziz bertanya. Birthday Nurin? Kamil mengetuk-ngetuk pensel di atas meja. “Ehm…tak ingatlah,” Kamil membuat muka blur. Aziz bangun daripada kerusi, menarik tangan Kamil agar sahabatnya itu turun dari meja. “Aku rasa itu ialah jawapannya,” Aziz menarik Kamil pergi.
“Nurin,” Kamil menegur Nurin dari arah belakang. Nurin berpaling, mengukir senyum nipis. Kamil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Lagaknya gelisah seperti kucing mahu beranak. Nurin mengangkat kening. “Ehm…aku minta maaf. Aku tak ingat langsung birthday kau. Sorry Nurin,” Kamil membuat muka kasihan, menagih kemaafan daripada gadis kesayangannya itu. Memang salahnya kerana tidak mengingati hari lahir kesayangannya itu, tapi lebih salah lagi kerana walaupun dia tahu yang dia tidak pantas mengingati tarikh lahir-tarikh lahir orang di sekelilingnya, dia tidak pula membuat sebarang catatan. Memang salahnya jika Nurin marah. Dia yang tidak prihatin. Mujur ada Aziz yang memang terkenal sebagai buayeish. Dia memang cepat dalam bab-bab ni.
Nurin mencerlungkan matanya memandang Kamil. Kamil sudah tidak senang berdiri. Janganlah marah wahai gadisku! “Sampai hati kau lupa. Aku tunggu kau wish tau, tapi sampai sekarang tak de pun. Menyampahlah!” gadis itu memuncungkan bibir. Kamil tersenyum sumbing. “Sorry, I’m really sorry. Aku memang not that type yang ingat birthday orang ni. Sorry Nurin,” Kamil memohon maaf sekali lagi. Dia tidak suka tersepit dalam situasi di mana Nurin bermasam muka dengannya, hatinya rasa tidak tenteram. “Lain kali jangan buat lagi tau!” Nurin memberi amaran sambil berlalu pergi. Kamil memandang Nurin yang semakin menghilang dengan hairan. Marah lagikah dia padaku?
***
Izwan mengerling jam di tangan kirinya. Sudah sepuluh minit dia menunggu namun orang yang ditunggu masih belum tiba. Pen di tangan dipusing-pusing. Dia memandang sekeliling. Beberapa orang sedang beratur di kedai mamak, manakala kedai-kedai lain lengang. Segelas minuman diletak di hadapannya. Dia mengangkat muka. Seraut wajah manis terpampang di layar matanya.
Gadis yang baru tiba itu mengambil tempat di hadapan kerusi kosong di sebelahnya. “Minumlah. Aku belanja tanda minta maaf sebab lambat,” ujar gadis itu. Izwan tersengih. Untung aku, dapat air free hari ni! “Macam tau-tau je aku suka milo ais mamak?” Izwan bertanya. “Dah setiap kali aku jumpa kau, air tu je yang kau minum. Takkan tak suka tapi selalu minum kot?” gadis itu bertanya kembali. Izwan tersenyum, menghirup air milo kegemarannya. “Mana yang lain?” si gadis bertanya. “Kejap lagi sampai lah tu. Ehm, apa kata kau terangkan dulu pada aku pasal early adulthood stage ni? Aku kan tak datang kelas semalam, tau-tau je dah kene buat kerja. Nasib baik satu group dengan kau,” Izwan menyelak-nyelak buku di hadapannya, menuju ke muka surat 413.
“ Tu lah kau. Siapa suruh ponteng. Nasib baik dapat group aku yang best ni,” si gadis ketawa sebelum menyambung, “ Ok, aku ceritakan sikit pada kau. Early adulthood ni ialah stage yang akan kita tempuhi apabila kita berumur antara 18 hingga 25 ke 30 tahun. Keypoint yang perlu kita tumpukan untuk stage ni ada dua, sama dengan stage yang kita dah belajar iaitu physical and cognitive development dan juga socioemotional development. In this stage, adults are at their peak physical performance, often between the age of 19 until 26. Early adults have higher mortality rate, as they are prone to accidents, especially vehicle and at workplace accidents. They are sexually active. Their cognitive development…”
No comments:
Post a Comment