Sekadar berkongsi rasa jiwa...

Wednesday, July 20, 2011

sedetik sudah....

sudah lama tidak mencoret rasa jiwa dan suara minda.....
tangan bagai kelu untuk menaip
otak pula beku tak mencairkan idea

satu demi satu perkara berlaku dalam hidup
seiring putaran bilah-bilah waktu

rakan-rakan sudah ramai yang berlari menuju hari graduasi
tinggal aku dan beberapa yang lain di belakang
masih bertatih-tatih menghabiskan pengajian
moga dipermudahkan Allah....amiin~



bertukar-tukar tempat berteduh
walau cuma seketika
dan kerana sebab-sebab yang perlu dipenuhi
benar-benar mengajar aku erti kehidupan

payahnya
payahnya hidup dengan orang lain
payahnya tinggal di rumah orang
payahnya mencari duit sendiri 
payahnya menjaga diri sendiri
payahnya menetapkan hati menuruti prinsip dipegang lama
payahnya merasa puas dengan apa yang dimiliki
payahnya meyakinkan orang
payahnya bersabar
payahnya mengikut kepala dan hati sendiri
namun 
dalam payah itulah
aku mengajar diri bersyukur
aku menyuruh diri bersabar
menjadi matang
aku memujuk hati lebih tenang 
bahagiakanlah dirimu sendiri!

dan satu lagi percubaan dalam hidup
satu benda yang sudah lama aku impikan
mencari sesuap nasi hasil titik peluhku sendiri
memulakan cita-cita yang lama aku lupakan
menjadi usahawan
bukan senang nak senang
ya!
aku akui kata-kata itu
sampai kini aku dan rakan sejawatku masih mencari tapak untuk berdiri
Tuhan, permudahkan kami!
amiin~

Wednesday, May 18, 2011

menjadi diri sendiri tak salah, menjadi hipokrit pun tak salah.
semua ada tempatnya.
nak ikut kepala sendiri tak salah, nak ikut kepala orang pun tak salah.
kadang-kadang kena mengalah, tapi kadang-kadang jangan kalah.
penat ikut telunjuk orang, tapi sebenarnya lagi penat jadi diri sendiri.
penat jaga hati orang, hakikatnya lagi penat dan sakit nak jaga hati sendiri.
hati orang itu satu, hati kita jadi dua.
separuh hak kita, separuh lagi hak mereka.
sakitnya hati sendiri, boleh lagi dicari penawar ganti.
sakitnya hati orang, merana memikir salah kita yang membuat sakit hati.

Wednesday, May 11, 2011

Tanah kering jadi keping-keping
hancur mendebu di tangan ketar
Hati,
jangan kau jadi bagai tanah itu
kontang ilmu tak subur dada
gersang budi bak taman petaka
kosong iman cahaya tiada


Tanah kering jatuh berkeping-keping
mana taranya emas sebungkal
buat taruhan dipajak digadai
andai hati hendak disunting
biar kena pada harganya
biar layak pada tuannya
bukan sebarang angka dicongak didarab
hati bukan taruhan dunia
itu milik Dia
yang penuh, berharga buat senyum bangga
yang kemarau gelita undang jelik jelir
hati
kalau hendak disunting
biar kena pada harganya
biar layak pada tuannya.