Ce tengok....
Ce tengok....
Haahhhhh.....penduduk-penduduk zaman sekarang ni....dalam hidup diorang (including me lah) mesti ada pengaruh ideologi Barat...jangan cakap diri suci la...kalau tak banyak pun pengaruh tu, sikit-sikit taik mata mesti ada jugak....................................
ideologi yang paling berjaya masuk dalam hidup masyarakat sekarang apa dia?
SECULARISM
diulangi...SECULARISM
ideologi yang mendokong idea pemisahan antara agama dan perkara-perkara duniawi, the separation between religion and worldly matters
dan daripada ideologi maha hebat ini, lahirlah anak-anaknya...antaranya
HEDONISM....
ideologi yang mengagungkan hiburan semata-mata, yang meletakkan kepuasan diri sendiri dan hawa nafsu melebihi segala-galanya sehingga mengenepikan agama...
SECULARISM juga mencetuskan LIBERALISM yang mengagungkan hak sama rata antara semua orang dan kebebasan individu dan yang paling parah, SECULAR HUMANISM yang meletakkan manusia sebagai pusat atau tumpuan alam..human as the centre of universe, in which human is the measure of everything
kenapa saya cakap ideologi-ideologi sesat barat ni dah masuk dalam masyarakat kita?
just tengok sekeliling, and anda akan tahu jawapannya...
SECULARISM...menular dalam bentuk pemisahan politik dan agama, pemisahan subjek agama dan subjek sekular atau natural and human science, reduction of masjid's purpose to only praying and conducting nikah, tidak berkumandangnya azan di stesen TV, orang yang memperjuangkan nilai-nilai agama dianggap jumud,syadid atau extremist, susahnya untuk dapat peluang sembahyang awal waktu pada masa bekerja terutama kalau kerja syift, larangan pakaian menutup aurat di sesetengah tempat kerja ataupun uniform yang disediakan amatlah tidak sesuai menutup aurat...
HEDONISM.....lambakan rancangan hiburan di TV, lambakan rancangan mempromosikan gaya hidup barat dan sex di TV, lambakan lagu-lagu melalaikan di TV dan radio dan internet, lambakan konsert artis-artis dibenarkan di negara ini, lambakan anugerah menghargai artis di negara ini (apa sumbangan diorang pada pembangunan intelek dan ahlaq masyarakat ye?),
lambakan rancangan game show merapu meraban di TV, lambakan rancangan merapu mengata di radio dan TV, lambakan rancangan gosip kau-kata-aku-kata-kau di TV, LAMBAKAN DRAMA MEMPROMOSIKAN CINTA, SEX DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA di negara ini...
helloooooo....cik anakamal...pedehal buat besar-besar lak font tang situ?????siap warna lain lagi???????? and the pic????duhhh!!!
eh, eh, salah ke? i tell the truth what...T.H.E. T.R.U.T.H....
saya nak cakap soal cinta sekarang boleh?
duhh, bosan la der asik pasal cinta, cinta,cinta.....muak aku dengar hari-hari.
alaa...dengar kejap je...jap je eh....
ye la, ye la, I'm all ear *ngan muka masam
okey, apa yang saya nak cakap ni adalah dari buah fikiran saya, pembacaan saya, pengetahuan saya, perasaan saya, pemerhatian saya, penaakulan saya, penilaian saya...awak berhak setuju atau tak, berhak amik tau or ignore....
ye la....cepat, cepat...
okey, first of all...definition...
Love = a strong feeling of deep affection for sb/sth, esp
member of ur family or a friend. A strong feeling of affection for sb that u r
sexually attracted to
Couple = two people who are seen together, esp if they are married or in a romantic or sexual r/ship
Date = a meeting that u have arranged with a bf or gf or
with sb who might become a bf or gf. To have romantic r/ship with sb
Engagement = an agreement to marry sb; the period in which
two people are engaged
sorry eh awak, saya tak jumpa dewan bahasa, saya ada oxford je..huhu. tapi takpe, lebih kurang je maksud dia...kan?kan?
ape-ape je lah der...*malas nak layan, kepoh, huh!
dah kita tau definition dia, kita tengok pulak apa relation dia dengan islamic values and teachings. kenapa kita kene balik pada dua benda ni? sebab kita bukan sekular, kita Islam, kita Muslim, kita Mukmin yang percaya dan beriman dengan Tuhan kita, Allah.
love or cinta, Malay called, adalah naluri setiap makhluk yang Allah jadikan. perasaan yang suci yang Allah tiup dalam jiwa dan hati hamba-hambaNya.
so, tak salah la bercinta?
tak, tak salah. cinta tak salah sebab dia fitrah, natural inclination and dia suci. yang salah orang yang bercinta.
what the...?????
aaaa,aaaa,aaaaa......jangan cakap,jangan cakap, tak baik.... dengar lagi, baru serang saya. salahnya orang bercinta sebab apa, sebab.....cara dia salah. method yang dia guna salah. niat tak menghalalkan cara.
apa yang salahnya? bukan buat apa-apa pun, just makan, jalan-jalan, duhh..sengallah kau ni!
berdua-duaan kan? elok ke makan berdua-duaan? jalan berdua-duaan?
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)
Kalau dah makan berduaan, takkanlah tak pandang memandang, jeling-menjeling kot?
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
Kalau dah berduaan, sah-sahlah takde orang ketiga kan?
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Takkanlah dengan si dia awak cakap kasar kot? takkan takde kata-kata manis kot? "rindulah kat awak", "saaaaaayang awak,mmuahh3" (terus senyum lebar ke telinga), "awak jangan nak mengade...saya cubit karang..", "awak ni comel lah" (terus hati kembang berbunga-bunga). Mustahillah..... alaaa..tak yah tipu..saya pun pernah bercinta gak, tau dah semua ni, tak yah auta la :p
ok, katakanlah saya bawak kawan saya teman saya dating? macam mana?
awak bawak kawan awak teman awak dating? nanti masa dating awak mesti tinggalkan kawan awak kat belakang, and jalan ngan si sia berduaan kan? kalau tak pun, kawan awak tinggalkan awak dengan si dia kat belakang, dia jalan depan. kan? kan?
haa....itulah definition couple tadi. two people who are seen together. tak salah kalau benda yang awak buat betul-betul mustahak, untuk maslahah yang besar, tapi apa maslahah daripada couple or dating awak tu? apa benefitnya? untuk awak dan dia je kan? bukan untuk kawan awak kan?
awak keluar dengan si dia sebab saja-saja kan? with no purpose except hanging out kan?kan?
kalau dah bertunang?
bertunang bukan berkahwin....bertunang tak menghalalkan apa-apa pun. hanya nikahlah yang menghalalkan segala sesuatu yang selama ini terbatas antara lelaki dan perempuan. nak jumpa, jumpalah kat rumah. depan mak ayah, kan lebih manis. saya tak lah kata kalau nak bercinta, kahwin terus..tak! tak semua orang mampu nak kahwin terus. tapi pandai-pandailah, dah besar kot. kawal diri, kawal nafsu. Allah dah janji, sesiapa hambaNya yang sabar akan mendapat ganjaranNya. Jadi, sabbbaaarrrrrrr......
maknanya, tak boleh bercintalah?
eh, sapa kata tak boleh? cinta tu kan fitrah, hadiah Allah untuk setiap manusia. bercintalah, tapi jagalah batas-batasnya.
1)Menundukkan pandangan
2)Menutup aurat
3) Adanya pembatasan antara lelaki dan perempuan; hijab, jarak
4) Tidak berdua-duaan
5) Tidak melunakkan ucapan dan suara
6) Tidak menyentuh fizikal
ish, macam susah je!
tak susah la..kita kan ada iman, ada ibadah, itulah pagar untuk kita mengawal dan memelihara nafsu kita. jagalah pagar itu baik-baik sekarang, sebab nanti, bila masanya dah tiba, akan ada orang yang membawa kunci dan membuka pagar itu, kerana dialah penjaga yang Allah titipkan untuk bersama-sama dengan awak.
tapi.....kalau tak bercinta macam mana nak kenal orang? macam mana nak jumpa orang yang sesuai? yang jadi jodoh kita?
nak kenal orang tak salah. berkawan pun tak salah. asalkan caranya betul. mengikut syari'at Allah.kalaupun kita kenal orang tu 3,4 tahun, betul-betul ke nanti dia jadi jodoh kita? orang bercinta ni awak, banyak fake and lies je, or diorang tak reveal betul-betul the true colour. macam kakak kawan saya kata la, dah 9 tahun bercinta, bila kawin baru tau banyaknya pasal si dia yang masih tak diketahui. see? jodoh tu Allah dah tentukan. cepat atau lambat je.
macam mana nak tau dia jodoh kita? or masanya dah sampai?
instinct. gerak hati daripada Allah. kalau hati yang bersih dan selalu diisi dengan iman dan ibadah, insyAllah mudah Allah lorongkan jalan buatnya buat keputusan mahupun pilihan. jangan risau. semuanya di tangan Allah. kita usaha sedaya kita dalam lingkungan syari'atNya, kita doa and kita tawakkal. sementara nak tunggu tu, sabarlah.
der, kau buat aku sentap la pulak! ceramah macam ustazah, pergh!!
kita kan saudara seIslam, mestilah saling mengingatkan :)
1 comment:
Post a Comment