Sekadar berkongsi rasa jiwa...

Monday, March 5, 2012

Two roads diverged in a wood and I -

Sudah menuju akhir-akhir waktu begini, aku dah mula merasai perasaan itu.

Perasaan yang dikongsi oleh orang-orang yang menuju ke akhir-akhir waktu sepertiku juga.

Pada yang sudah ada jaminan dunia, mungkin debarannya kurang sedikit.

Aku dapat menyelami akhirnya perasaan rakan-rakanku, dahulu. Saat mereka menuju akhir-akhir waktu sebegini. Ketakutan. Kebimbangan. Keraguan. Itu yang utama bermain di hati, dan bukan minda. Minda selalu bertindak bijak, merasionalkan rasa dan emosi dengan janji Allah untuk melimpahkan rezeki buat setiap hambaNya.

Tapi lumrah manusia, tak lari daripada kebimbangan dalam menunggu detik tibanya masa hadapan. Bertebaran cabang jalan telah terbentang, tinggal aku untuk memilihnya. Yang kanan itu baik, yang kiri itu pun baik.

 Tiada yang lebih mengetahui selain Dia. Keterbatasan upaya mena'kul dan merencana buat aku sekadar mampu berdiri di sini.

Kadangkala pabila difikir-fikirkan, mungkin sahaja aku boleh dikatakan pengecut! Sepertinya aku mahu pilih jalan kanan yang lebih selamat.Aku ingin selamatkan diri (?) Bila ditimbang-timbang, sungguhpun selamat, jalan kanan itu juga punya liku dan duga yang perlu kekuatan dan keberanian untuk ditempuhi.

Jalan kanan juga punya risiko yang tak kurang besar berbanding jalan kiri. Aduh, gawat jiwa memikirkan! Tapi aku harus yakin dengan Dia. Apa yang diilhamkanNya padaku ini seolah-olah menjawab doaku selama ini (meskipun ianya bukanlah doa, sekadar tak lebih angan dan cita).

Memilih jalan kanan bermakna harus mengorbankan beberapa perkara. Tega atau tidak, aku harus menghadapinya demi satu nikmat yang padaku tak terucap dengan kata-kata.

Sungguhpun aku akan dilanda kecemburuan kelak(atas sesuatu yang turut dikongsi beberapa rakan rapatku, setakat ini), aku akan lalui juga demi kemanisan itu. Aku harus sanggup. Aku wajib terima dengan syukur dan lapang hati. Senyum harus diukir membawa bicara "Tuhan, aku yakin dengan janjiMu".

Aku sudah punya tiang kuat yang menampung sandarku tika aku penat tatkala melangkah di jalan kanan itu. Aku punya tongkat yang tak akan biarku rebah tatkala kakiku goyah gontai. Aku punya lagu yang akan selalu dendangkanku irama merdu penyubur semangat dan jiwa lesu. Moga tiang, tongkat dan lagu itu tak akan rapuh dan pudar, malah sentiasa setia bersama-samaku hingga penghujungnya.

Tuhan, kuatkan hatiku, berikanku kesediaan itu!

*dan tiba-tiba teringat poem yang aku pelajari di sekolah dulu. and I ------ may and may not~


No comments: