Sekadar berkongsi rasa jiwa...

Friday, August 27, 2010

Kahwin semasa belajar...apa korang kata??

Melihat orang berpegangan tangan...."Dah kahwin ke?"
Nampak berdua-duaan di atas motor...."Suami isteri ye?"
Terperasan kelibat di restoran, suap-menyuap...."Ehm...tak segan eh?"
(padahal dalam hati..."Ehmmmm..jeleznye..."
Lambaian si gadis pada jejaka di dalam kereta...."Bestnye ada orang hantar..."

Balik ke bilik, terkedang di atas katil sambil tutup muka dengan bantal...."Bestnye kalau ada orang yang sayang kat aku..."http://www.emocutez.com
Baca novel cinta...."Takde pun orang yang nak kat aku macam heroin ni...huhuhu"
Bila berkumpul cik kiah cik minah...."Kenapalah kita ni je yang single lagi...orang lain semua dah ade..."
(toink....starlite kat dahi...beseeee dia cakap cam tu)

Bila difikir-fikirkan balik....baru aku tersedar....dah tua besar rupenye aku....
Hai la.......................................................

Ehmmm.........dah makin berusia....
Persoalan hati dan perasaan dah macam jadi perkara wajib pulak...
Balik kampung, saudara mara bertanya..."Yang ni bile pulak?"
Bersua kawan-kawan lama...."Dengan siapa sekarang?"
Bersama sahabat susah senang...."Sedihnye rase....kite je yang takde lagi..."
Mak pula kata...."Belajar dulu...kerja...baru pikir pasal kahwin..."
Kalau dah kiri kanan tanye...bercakap...
macam mane nak elak daripada berfikir??
mesti terpikir punya...
tak banyak, sikit....
Tapi kan mak................camne nak pikir pasal kahwin kalau calon pun takde??http://www.emocutez.com

hallamak............pekebende yang aku merepek ni??
aku sebenarnye nak cakap....pasal.........
kahwin masa belajar.....
tetibe jadi sesi meluahkan perasaan pulak...adoyaiii

trend di sini.....
(trend ke??)
kahwin masa belajar....
especially students yang sama course dengan aku...
bak kata sahabat aku...
"batch senior kite..yang kahwin awal...yang baik2...alim...."
"batch kite....yang kahwin awal....yang cantik..."
"Kite??"
http://www.emocutez.com

betul ke kahwin masa belajar bagus?
baik?
patut untuk dilakukan?

ehmm.....
http://www.emocutez.com

ade orang kata....
kahwin masa belajar....
bagus....
sebab...
dapat mengelakkan kita daripada buat maksiat...
zina....
perkara-perkara yang tak baik...
dapat jaga diri...
jaga hati.....

ade orang kata lagi....
kahwin masa belajar.....
baik......
sebab...
perkahwinan tu permulaan pada kejayaan....
kejayaan seorang lelaki kerana ada wanita di belakangnya...
kejayaan seorang wanita??
hehe...

ade orang kata pulak...
kahwin masa belajar....
baguss!!
tengok...)))
mase sebelum  kahwin...
cgpa biasa2 je...
lepas kahwin...
fullamak......
mantoopppp!!!!

ade orang lain kata....
kahwin masa belajar....
elok...
sebab masa ni la kita pilih yang terbaik
kita dah jumpa ramai orang
banyak pilihan
so...pilihan kita insyAllah yang terbaik
sekufu
setaraf
kalau dah keje
kan pilihan makin kurang.....
ehmmm....nak tau apa kata aku?
http://www.emocutez.com

aku kata....
aku tak bersedia
nak pegang dua tanggungjawab besar serentak
belajar dan kahwin
berat tu....
kawan aku balas
"kalau nak kata tak sedia...
semua orang tak bersedia
sampai bila-bila pun kita tak bersedia"
tapi....
kan aku masih belajar lagi...
aku nak tumpukan pada study
kawan aku balas
"belajar sampai mati pun tak abis"

aku pikir....
hanya orang yang betul-betul kuat
yakin
boleh kahwin masa belajar
yelah...
nak pegang tanggungjawab 
pelajar
suami/isteri
potentially parent
berat..berat
http://www.emocutez.com

persediaan pun kene kukuh...
spiritually (religious aspect)
physically
mentally
emotionally
psychologically
macam mane nak mengemudi hidup bersama
kalau diri sendiri masih tak mampu
kawal perasaan
terima kritikan
bertolak ansur
memahami masalah orang lain
berkorban
kawal rajuk
memahami perasaan orang lain
bahagi-bahagikan kasih sayang (bukan untuk bermadu ye!!)
macam-macam lagilah perkara
wajib 
to be taken into consideration!
cinta saja tak cukup

untuk buat kita
bahagia
gembira
tenang
senang
sampai tua!

berkahwin bermakna
akan bergelar ibu bapa
kalau dengan perangai kawan-kawan pun dah tak tahan
naik angin
tak boleh bersabar
macam mana dengan anak-anak nanti?
nak layan kerenah diorang
24/7


perkahwinan itu
ni`mah
rahmah
jambatan menuju syurga
taman kebahagiaan
jadi
kalau kita berkahwin
tapi serasa hidup
penuh duka 
air mata
bagai meniti jalan ke neraka
apakah maknanya perkahwinan tu??

memang perkahwinan itu satu proses
mematangkan diri
menguatkan hati
teori tanpa praktikal
tidak bermakna...
seperti perkahwinan
segala dugaannya
cepat atau lambat
harus ditempuhi
belajar sambil mengalami
tapi
apa salahnya bersabar
dan jadikan the first step
satu langkah yang bermakna...
kita melangkah dengan yakin
dengan penuh bersedia
ilmu di dada
psikologi dan emosi yang stabil
supaya 
kita sama-sama 
melangkah 
ke taman bahagia
meniti jambatan ke syurga
http://www.emocutez.com

(perghh...cakap cam expert..
dush x3...)

tapi semuanya kembali kepada individu
pasangan 
ate
kalau mampu
bersedia
buat ape tunggu lagi??
ye tak??

apa korang kata??



Sunday, August 22, 2010

Look After You

If I don't say this now I will surely break
As I'm leaving the one I want to take
Forgive the urgency but hurry up and wait
My heart has started to separate

Oh, oh,
Be my baby
Ohhhhh
Oh, oh
Be my baby
I'll look after you

There now, steady love, so few come and don't go
Will you won't you, be the one I'll always know
When I'm losing my control, the city spins around
You're the only one who knows, you slow it down

Oh, oh
Be my baby
Ohhhhhh
Oh, oh
Be my Baby
I'll look after you
And I'll look after you

If ever there was a doubt
My love she leans into me
This most assuredly counts
She says most assuredly

Oh, oh
Be my baby
I'll look after you
After You
Oh, oh
Be my baby
Ohhhhh

It's always have and never hold
You've begun to feel like home
What's mine is yours to leave or take
What's mine is yours to make your own

Oh, oh
Be my baby
Ohhhhh
Oh, oh
Be my baby
I'll look after you

You are so beautiful to me




~The Fray

Monday, August 2, 2010

Dalam Diam 9

Dedaun kering yang berserakan di bawah pohon rambutan disapunya dengan pencakar. Seusai menyapu, dia mencabut rerumput yang tidak segan-segan memunculkan diri di celah bata-bata yang disusun ayahnya sebagai lantai taman itu. 
Panas matahari yang semakin meninggi terasa menyucuk kulit. Peluh merenik di dahi disapunya dengan tuala kecil yang tersangkut di bahu. Siap! Puas hatinya melihat taman mini yang sudah kemas itu. Nampak bersih, sedap mata memandang.
“Angah, rajinnya dia!” Shakirah yang muncul tiba-tiba menegurnya. Nurin tersenyum kecil. Bukannya rajin, tapi dia memang sukakan kerja-kerja yang bersangkutan dengan tanaman dan tumbuhan ini. Kalau bab berkaitan pakaian; daripada membasuh hingga melipat pakaian memang dia lemah! Menjahit apatah lagi. Malas sungguh jika hendak dibandingkan dengan Syakirah yang mewarisi bakat ibu dalam bidang jahit-menjahit. 
“Jom sarapan. Ibu masak mi hailam!” Syakirah sedikit menjerit. Nurin bertepuk tangan, “Sedap,sedap! Dah lama tak makan mi hailam ibu.” Syakirah menarik tangan kakaknya. Macam budak-budak!
“Angah, macam mana dengan study? Ok?” ibu bertanya. Nurin membisu. Enak menghirup kuah mi yang pekat itu. Syakirah di sebelah menyiku. Nurin menjeling. Syakirah memuncung ke arah ibu yang menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah anak perempuan sulungnya itu. 
“Apa bu?” Nurin bertanya. “Ibu tanya, macam mana pakwe kamu? Sihat?” ibu berlelucon. Nurin mengerutkan dahi. Pakwe? Ibu tahu ke pasal aku dan Kamil? “Study la, ngah. Kamu ni kalau dah jumpa mi hailam ibu, tak heran orang dah,” Syakirah bersuara. 
“Ohh..hehe,” Nurin tersengih-sengih, “terkejut juga ibu tanya pasal pakwe. Tak sabar-sabar dah ke bu, nak tengok Angah kahwin? Study ok bu, sem ni subject tough, sebab dah majoring kan. Tapi alhamdulillah setakat ni boleh buat lagi.” Ibu tersenyum, lega mendengar pengakuan anak perempuan sulungnya itu.
“Pakwe kamu?” ibu mengenyitkan mata. Hah, ibu ni serius ke? Nurin menjeling Syakirah yang membasuh pinggan di sinki. “Tak payah nak jeling-jeling Syakirah tu. Siapa nama pakwe Angah ni, Syakirah?” ibu sedikit melaung. Syakirah berpaling, “Kamil.” 
“Hah, Kamil! Anak Cikgu Zaki kan?” ibu menatap matanya. Mencari kebenaran. Nurin tersipu-sipu. Ayah di sebelah ibu turut tersengih-sengih menanti jawapan anaknya itu. “Ehm…Angah kawan je lah dengan dia bu. Mana ada apa-apa,” Nurin cuba berdalih. Dalam hatinya menyumpah Syakirah yang membocorkan rahsia. Siap kau, Kira! 
“Ibu tak kisah dengan siapa pun yang Angah berkawan. Yang penting, agama dan pelajaran. Jangan sibuk berkawan, buku entah ke mana. Lagi satu, ibu tak suka kamu keluar, dating. Itu ibu tak suka,” ibu memberi nasihat. Ayah di sebelah mengangguk, “Ayah nak kamu jaga diri. Lelaki ni, baik mana pun, kamu tak boleh percaya sangat. Syaitan ada kat mana-mana aje. Jaga diri, jaga nama keluarga. Kamu pun Syakirah, ingat tu! Ehm…kalau anak cikgu Zaki tu, ayah tak kisah. Boleh buat menantu tu,” ayah mengusik. 
Nurin sudah tidak senang duduk. Izlan di hujung meja mengangkat ibu jari, tanda setuju. Along! Nurin menjegilkan mata. Tahulah Kamil tu kawan baik dia masa zaman sekolah dulu.
***
 -Salam.buat apa tu?-
-Salam.tengah baca buku sikit-
-Rajinnye orang tu-
-Takdelah.biase-biase je-
-Ehm…marah lagi ke?-
-Marah?marah ape pulak?-
-Yelah…orang ni mungkir janji.kata nak tolong carikan bahan untuk assignment tapi at last tak tolong pun.sorry ye awak-
-no big apple lah.orang tu pun sibuk,no need nak tambahkan sibuk tu lagi dengan keje orang ni-
-aku rasa bersalah.kan aku dah janji.sorry3-
-takde ape.dah lepas dah pun benda tu.assignment tu pun dah hantar-
-ehm…nurin,yang pasal semalam pun,sorry jugak eh.aku bukan tak nak cakap aku demam.tapi aku memang tak suka heboh kat orang kalau aku tak sihat ke ape ke.yelah, tak nak orang kata cari perhatian-
-mana boleh macam tu.at least cakaplah kat orang ni.orang ni risau tau-
-sayang juga kau kat aku eh..hehe-
Nurin tersengih-sengih menatap mesej yang diterimanya. Ditaipnya laju balasan buat mesej itu. Tiba-tiba terjengul satu kepala di sebalik pintu almari pakaiannya. Nurin mengurut dada, terkejut. “Naj, kot ye pun bagi lah salam ke,ape ke. Terkejut tau,tiba-tiba ada makhluk berkepala besar intai aku,” Nurin pura-pura marah namun sempat dia menyelitkan gurauan di situ. Najwa tergelak besar mendengar kata-kata sahabatnya itu. 
“Hei, main mesej dengan siapa? Kamil eh?” Najwa mencucuk Nurin. Nurin mengelak, namun bibirnya masih mengukir senyum manis. “Yelah tu, senyum memanjang,” Najwa mengusik lagi. Nurin mengangguk kecil. Bunga-bunga bahagia dirasakan sedang mekar di hatinya.