Sekadar berkongsi rasa jiwa...

Wednesday, September 7, 2011

bila Dia berbicara...


 Mungkin itu yang membuatkan hypotheses Bat ada betulnya. Philophobia.Takut jatuh cinta sebab terasa semua lelaki macam tak boleh nak dipercaya.No change, I can't change I can't change, I can't change,But I'm here in my mind,I am here in my mind.Bittersweet Symphony masih berlagu.

          Bila masuk Seremban,Yaya cuba mengubah persepsinya.Guys kolej dengan boys zaman sekolah lain.Masuk kolej nie dah matang.Oh ya ya...grown-up sangat la tu.Zaman sekolah tengok 'Player Remaja the Movie' lima tahun.Masuk kolej tengok sequel 'Girls Are My Trophies' pulak even bukan starring the same actors.Typical lelaki!

          Dia merenung jauh.Sepanjang di kolej dia sebenarnya cuba mengajar diri bahawa bukan semua lelaki tak boleh dipakai.Tapi tetap susah juga kepala nak menerima.Dia hanya boleh compute guys made good friends,but not to be trusted in relationships.Bila kawan-kawan sendiri mula berpasang-pasang macam DNA karyotyping,dialah orang yang paling allergic bila itu je topik yang jadi bahan bualan.Tapi dia turut tumpang gembira bila ada antara kawan-kawan yang hubungan mereka 'bertahan'.Maybe guys are to be trusted after all.Bila diorang dah besar.

          Dan sekarang...Jo mengukir senyum tawar.Teringat kembali.Maybe guys are to be trusted after all....not.Getar hati masa itu masih terasa.

          "Bila Along betul-betul nak serius dengan Kak Ana nie?"

          Langkahnya nak menuju ke pintu keluar terhenti mendengar suara di porch.

          "Apa Angah cakap nie..." Suara Along.Tenang tak beriak.

          "Betul-betul la.Along serius ke tak dengan Kak Ana nie?"

          "Kitorang tak ada apa-apa." Masih dengan nada yang sama.

          Bad move,Jo.Darah terasa berderau turun bila tersedar diri yang menjadi bualan.Better gerak sekarang.Jangan eavesdropping orang bercakap!Namun kaki seolah terpaku di lantai.

          "Tak ada apa-apa Along kata?!"Nada suara Apeh naik seoktaf. "Punya la sakan call selang seminit,itu ini,sakat lawak,konon caring bagai nak rak.Tu tak ada apa-apa ke?"

          Terdengar suara Along ketawa. "Angah...Harmless flirt tak bawak meaning apa-apa."Ketawa Along masih bersisa. "Brotherly love."

          Jo menggigit bibir bawah.Mug berisi warm root beer dibawa ke bibir.Pagi Along nak hantar dia balik ke rumah lepas jaga Nina sakit.Yang mentakdirkan dia mendengar perbualan itu.Yang membuatkan Johanna sedih,terlalu sedih yang dia sendiri tak faham kenapa perlu sedih begitu sekali.Dan masa tu balik ke Aberdeen seolah suatu bless.Dia sendiri tak tahu kenapa dia rasa macam tu.Tapi jauh di ceruk hati dia tahu kenyataannya;lari dari Along.

          Balik ke Aberdeen buat dia fikir kembali.Macam tak percaya dia bercerita semula pada Yaya dengan air mata meleleh.Dan lepas tu dia marah pada diri sendiri kerana menangis sebab benda bodoh.Mula-mula lepas balik semula ke Aberdeen,everytime Along call dan hantar email memang terasa berasap yang entah dari mana bahangnya.Terasa nak campak phone keluar tingkap pun ada.Gaya macam besar sangat effect Along dalam hidup.Dia membuka langkah baru lepas tu.Worst case scenario,dia ada abang.Brotherly love.Baris itu melintas kembali.Dan lepas tu dia layan Along macam biasa.Rasanya as long tak nampak muka Along,dia masih boleh Emmy nominee.

          Tapi bila Along depan mata macam masa dia datang visit hari tu....Segalanya teringat balik.Memang terasa awkward petala ke lapan.Namun bersyukur sebab ada Iyan.Dia banyak 'lari'.Along lagi banyak sembang dengan Iyan pasal abang Payed dari bersembang dengan dia.

          Tiba-tiba terasa evil semacam.Sengih sumbingnya masih di bibir.Jemari mula berlari di Syntap mousepad dan keyboard.Tiba-tiba... terasa nak letak balik pic nie bila segalanya mula teringat kembali.


          Hmm..that's when the evil in you speaking.
         
          Di luar matahari mula bangun tidur.Kilau pewter di atas meja study mencuri pandangan.Kiss the cook and love the doc.

          Jo sengih sumbing.Warm root beer diteguk menuruni rengkung.I ain't affected by harmless flirt.


 ~ QUOTED from Hlovate, 5 Tahun 5 Bulan