Sekadar berkongsi rasa jiwa...

Sunday, October 17, 2010

Egokah itu?

Terkadang
merenung masa silam
menyedarkan aku
betapa kotornya diri ini
penuh debu dosa 
pada Tuhan dan ibu ayah
bersalut kotornya ego 
pada rakan dan taulan
terbelit padaku
rantai rasa bersalah
tak pernah berubahkah kau
wahai diri?
atau
perubahanmu....
(merenung langit luas)

Acapkali
wajah jernih kau keruhkan
mata yang bersinar kau alirkan suci airnya
senyum manis kau matikan
hati tenang kau kocakkan
teganya kau
berdiam di situ
seolah tiada apa
untuk kau sesalkan
ego...

Mereka tidak tahu
betapa sakitnya hatiku
saat
wajah jernih kukeruhkan
mata bersinar ku sayukan dengan linang air mata
senyum manis tidak bergula lagi
hati tenang
kukocakkan

Warna-warni hati
jika tak diterjah
tiada siapa tahu
jika tak ditebak
tiada siapa mengerti
warna-warni hati
pantas 
terlakar di wajah polos
namun
andai wajah polos itu
kau keraskan
bagaimana mungkin
jiwa kecilmu dapat dibaca?
ego...
kau ego...

Semakin lama aku bernafas
semakin jauh aku berjalan
semakin kenal aku 
erti
makhluk Tuhan 
yang itu
tak semua senang dibaca
tak semua mudah diteka

Jika menyimpan itu mudah
simpanlah
jika meluahkan itu lega
luahkanlah
jika mempamerkan itu terbaik
pamerkanlah
jika berdiam itu kesukaan
kesenangan
egokah itu?

Semua percaya 
makhluk Tuhan itu
berbeza
luar, dalam
tak salahlah
kalau aku
berdiam
egokah itu?

Source: Yahoo Search

2 comments:

wanusuki said...

yaayaa sayang...
egokah???

Kadang-kadang manusia ego disebabkan halangan rasa paling tebal dan paling tinggi dalm diri...namun tak mungkin orang bercinta bertutur dalam bahasa ego, tak mungkin orang bercinta mempunyai ego dalam kata-kata dan tak mungkin dia mengatakan yang dia bercinta kasar dalam tindak tanduknya. Mengapa???

Mungkin keegoaan nada bahasa telah membuat kita alpa yang kedudukan kita hari ini bukan hanya kerana usaha tetapi secara mutlaknya kerana keizinan Allah S.W.T. Bertuturlah dalam nada yang lembut kerana jiwa anda akan lembut, pilihlah kata-kata yang sesuai kerana ianya melatih membuat keputusan yang baik. Berdiam dirilah seandainya perkataan yang ingin anda lontarkan adalah sia-sia...(",)

anakamal said...

mekasih ajaa...huhu...*touching2*