Sekadar berkongsi rasa jiwa...

Sunday, September 16, 2012

Jangan halang orang berfikir

memandang sesuatu dan terus membuat penilaian tentangnya memang mudah, tapi selalu juga sebenarnya andaian kita tersasar..kerana kita takkan boleh membaca minda dan jiwa seseorang, tanpa mengenalinya terlebih dahulu.

ada yang berkata, kata-kata "jangan menilai isi daripada kulitnya" kurang relevan, 
malah harus digantikan dengan "kulit itu memberi satu penilaian utama, diikuti dengan isinya"...
jug
a "kulit dan isi harus sama kualiti, jangan yang satu baik tapi yang satu lagi buruk"

tetapi..bagaimana pula dengan mereka yang menilai kulit daripada perspektif mereka yang satu...tanpa memikirkan yang mahu ditonjolkan sebenarnya daripada perspektif yang satu lagi?

jangan mudah berkata "benda ni jangan dibuat main. aku tak suka kau main-mainkan hukum" atau...

"kau ni tak faham-faham lagi ye. isu ni tak patut dibincangkan"

sedangkan sebenarnya pihak yang satu lagi hanya mengeluarkan komentar...sindiran...pernyataan yang tidak bermaksud langsung membawa kepada perdebatan.

jangan halang orang untuk berfikir, tapi bimbinglah dia.

seni menulis dan berbicara itu sangatlah banyak...jangan sempitkan pemahaman kita hanya pada satu cara.





No comments: