Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati orang.
Hati manusia ni, dalam sesaat pun boleh berubah...setuju tak?
Kalau tadi cakap tak suka, tiba-tiba cakap suka, pernah jadi tak?
kalau semalam cakap tak nak, hari ni tuptup nak pulak, pernah jumpa?
Itulah kuasa Allah, Pemegang Hati.
Kun kataNya, beralihlah minat kita pada baju merah yang selama ini beria-ia kita kata buruk.
Kun kataNya, beralihlah hati kita pada si dia yang selama ini pandang mukanya pun kita tak mahu.
Kun kataNya, berubahlah cara kita menutup aurat, daripada separuh-separuh kepada yang sempurna menyejukkan mata.
Sungguh, soal hati ini terletak di tangan Dia.
Yang kita daya lakukan cumalah usaha dan usaha.
Memanjangkan permintaan dan harapan.
Menanti dengan sabar.
Seperti saya...
peluang dan petunjuk untuk berubah acapkali diundang Dia
tapi saya degil.
keras kepala.
cepat lupa.
lalai.
mujur saja Dia tak jemu memberi peringatan dan petunjuk.
menghadiahkan hidayah dan rahmat.
berubah ke arah apa yang saya susah sangat nak buat ni?
berubah untuk mengawal hati dan perasaan.
menjaga nafsu muda yang bergelora.
menjaga hati daripada lalai dan alpa dengan keseronokan bercinta.
menjaga lidah daripada mengucapkan kata-kata manis pada yang belum haknya.
menjaga suara daripada bermanja-manja dengan yang bukan empunya.
menjaga jari-jemari daripada bermain SMS yang sia-sia.
menjaga telinga daripada mendengar bicara yang belum masanya.
sudah berkali-kali Dia beri saya kesempatan berubah, saya ambil tapi saya lupa kemudiannya.
saya lalai.
saya ulangi kesilapan.
tapi Dia tak pernah jemu memberi peluang.
berubah itu sebenarnya tak susah.
yang lebih susah adalah untuk mengekalkannya.