maka tersebutlah kisah....
namaku mat bunga..
aku tinggal di sebuah kampung...
kampung kambing tak mandi pagi...
kampungku aman dan damai. rakyatnya hidup bahagia, saling tolong menolong antara satu sama lain. tetapi, satu hari yang indah, sedang rakyat kampung sibuk dengan kerja masing-masing, satu keributan telah berlaku. bukan ribut yang melanda, tetapi garuda yang sangat besar menceroboh kampung kambing tak mandi pagi. kehadiran garuda itu sangat menakutkan rakyat kampung. dengan mata merahnya yang terjojol keluar, dengan jambul sejemput yang seghogoi seghabai, dengan bau badan yang...hhaaa..hhaaaa..hhhaaaachhummmMMM!! bertempiaran lari rakyat kampung, bersembunyi di hutan dan gua. garuda yang ternganga melihat ketempiaran rakyat kampung lantas menculik seorang tebusan. seorang wanita berambut besar, berbaju liplapliplap yang sedang sibuk bersolek di hadapan cermin kedai makan.
suasana senyi sepi. mangli.
rakyat kampung kambing tak mandi pagi bergegas keluar daripada persembunyian melihat kehilangan garuda tadi. garuda telah terbang kembali ke sarang membawa tebusan, seorang perempuan berambut besar, berbaju liplapliplap yang ketika diculik, sedang sibuk bersolek di hadapan cermin kedai makan.
suasana kembali aman. rakyat kampung meneruskan kerja masing-masing.
"GARUDA DATANG!!! GARUDA DATANG!!!!" satu suara lantang kedengaran. rakyat kampung bersedia untuk lari, tapi..eh,eh, mengapakah tiada keributan. rakyat kampung membulatkan mata, meliarkan pandangan ke sana sini, mencari bayang garuda yang menakutkan.
"GARUDA DATANG!!!" suara itu kedengaran lagi.
dari satu arah, satu bayang-bayang makin menghampiri. pemilik bayang-bayang itu, seorang perempuan berambut besar, berbaju liplapliplap yang ketika diculik oleh garuda, sedang sibuk bersolek di hadapan cermin kedai makan. rakyat kampung ternganga. ajaib! dia selamat.dia selamat setelah sebulan hilang diculik. dia selamat...
seorang perempuan berambut besar, berbaju liplapliplap yang ketika diculik oleh garuda, sedang sibuk bersolek di hadapan cermin kedai makan kembali...membawa sebatang penyapu.
suasana kampung berubah.
penyapu itu, penyapu ajaib. setiap kali perempuan berambut besar, berbaju liplapliplap yang ketika diculik oleh garuda, sedang sibuk bersolek di hadapan cermin kedai makan mencabut satu bulu pada penyapu itu, setiap rakyat kampung seperti dipukau. setiap kata-kata perempuan berambut besar, berbaju liplapliplap yang ketika diculik oleh garuda, sedang sibuk bersolek di hadapan cermin kedai makan akan dituruti. tiada seorang pun yang berani membantah, bahkan untuk mengangkat muka pun tidak mampu, apatah lagi untuk mengatakan "AHH!!"
kampung kambing tak mandi pagi berubah. ketua kampung senyap mete. wakil rakyat turun site sesaje. imam tak kata apa-apa. tok siak tak setakat menyapu masjid, balai raya pun dah jadi gelanggang kerja. pekedai penggerai bersorak gembira, iyelah perempuan berambut besar, berbaju liplapliplap yang ketika diculik oleh garuda, sedang sibuk bersolek di hadapan cermin kedai makan punya hobi sakan berbelanja. rakyat marhaen geleng-geleng kepala, anak-anak kecil terlompat terkinja diberi mainan segala. cikgu-cikgu sakit kepala, anak murid becok bertanya.
garuda datang sekali lagi, kali ini tanpa keributan, cuma bersama desiran angin "pstt...psstttt...". ketibaannya disambut dengan paluan tabla dan persembahan tarian singa. makanan barat jadi hidangan. pertunjukan fesyen ahli-ahli sihir dipertontonkan. semuanya idea perempuan berambut besar, berbaju liplapliplap yang ketika diculik oleh garuda, sedang sibuk bersolek di hadapan cermin kedai makan. mentor dan protege katakan!
garuda berpuas hati dengan keadaan kampung kambing tak mandi pagi. semuanya berada dalam keadaan baik-baik belaka. tiada yang baik melainkan yang baik belaka. ketua kampung utamakan pembinaan bangunan dan kompleks membeli-belah baru, wakil rakyat menjaga kebajikan orang-orang kaya dan wanita-wanita kaya, imam dan geng surau kurangkan aktiviti dakwah, tok siak sibuk mencari pentas untuk dipasang di masjid buat perempuan berambut besar menyampaikan ceramah, pekedai penggerai sibuk mempromosi barangan kedai mereka lupa sembahyang, anak-anak kecil kenal A,B,C katanya 'alif' itu kayu, 'ya' itu itik. rakyat marhaen geleng-geleng kepala, cikgu-cikgu sakit kepala, anak murid becok bertanya.
GARUDA |
Perempuan berambut besar yang diculik...ini hanyalah ilusi kerana perempuan berambut besar tak secantik ini! |
No comments:
Post a Comment