*PERHATIAN!
Ruangan ini disediakan untuk kita sama-sama berkongsi bahasa....loghat kuale. bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau menimbulkan kekonfiusan kepada anda mahupun untuk menyelewengkan anda daripada bahasa ibunda anda...cuma untuk berkongsi secebis bahagian daripada diri saya, hidup saya.itulah bahasa yang saya tuturkan. untuk makluman anda, setiap entry akan ditulis dalam loghat kuale yang saya tuturkan dan yang saya tahu, namun perlu diingatkan, tidak semua perkataan yang digunakan digunapakai oleh semua orang kuale, ada sesetengah perkataan hanya digunakan di tempat tertentu dan mungkin berbeza penggunaannya di tempat lain (contoh kampung lain) walaupun berada di daerah yang sama,iaitu kuala kangsar. ada sesetengah perkataan sudah jarang didengari kerana biasanya digunakan oleh orang lama. cara penuturannya pula mungkin tidak 100% sama dengan cara perkataan ditaip. buat sesiapa yang ingin menegur jika saya tersilap, ingin menambah jika ada yang saya terkurang, jangan segan-segan..komenlah saya =)
Prangg!!! kedengaran bunyi benda pecah di luar rumah. kak senah menjenguk ke luar tingkap dari biliknya yang terletak bersebelahan dengan ruang tamu. alamak! pasu aku!
"Amin!!!!" lantang suara kak senah melaung, memanggil anaknya yang sudah berdesup lari bersembunyi di balik pokok rambutan di hadapan rumah. menggigil mendengar tempikan emaknya. kak senah mengikat rambutnya yang sudah seghogoi kerana berbaring-baring tadi, merehatkan diri bak badak air kepenatan di atas katil. manakan tidak, daripada pagi bertungkus-lumus menyiapkan rumah yang bab tongkang pecah, anak-anaknya yang seramai lima orang itu masih kecil-kecil lagi.
"Mane die budok ni? Hish, dapat kat aku kaghang ni, siap le. Dengan ghotan je aku sebat. doh beghape kali aku pesan, maen jangan di sini. maen le depan sane tu, bukan takde tempat. tempat ni juge yang digemornye. habeh pasu aku bedeghei..hiiisshhhhh!" bagai meghampoih saje kak senah. lagak budak yang tak dapat barang mainan.
kebetulan siti, anaknya yang ketiga lalu di depan mata. "Siti," kak senah menyergah. terkedu anaknya itu, menoleh memandang emaknya yang bagai singa kelaparan. "abang kamu mana? abang kamu? amin? mane dia? mak nak ghempit die...dipecohkannye pasu mak. baru je mak beli dari ipoh haghi tu. mehei tau dok?" siti terkebil-kebil memandang emaknya, "mak ni, bisen le.oghang nak maen pun tak senang. mane le oghang tau abang kat mane. oghang daghi ghumoh sakinah ni." mulut siti memuncung, tidak senang mendengar bebelan emaknya sedangkan bukan kesalahnnya pasu emaknya pecah.
satu motorsikal memasuki halaman rumah kak senah. "Ape bisen-bisen ni senah...daghi jaoh doh abang dengor," abang mat menegur. dia yang baru pulang daripada kerja hairan memerhatikan orang rumahnya yang tercegat bagai polis pencen di depan pintu. "amin ni hah, habeh pecoh pasu awak dilanggornye. mane awak tak gegham," kak senah mengadu. abang mat menggeleng-gelengkan kepala. faham benar dengan perangai isterinya. "dah-dah la tu. bukan mehei mane pasu tu, nanti kite gam kan balik ye yang," abang mat berseloghoh. kak senah mencebik.
TRANSLATION
Prangg!!! kedengaran bunyi benda pecah di luar rumah. kak senah menjenguk ke luar tingkap dari biliknya yang terletak bersebelahan dengan ruang tamu. alamak! pasu aku!
"Amin!!!!" lantang suara kak senah melaung, memanggil anaknya yang sudah berdesup lari bersembunyi di balik pokok rambutan di hadapan rumah. menggigil mendengar tempikan emaknya. kak senah mengikat rambutnya yang sudah kusut-masai kerana berbaring-baring tadi, merehatkan diri bak badak air kepenatan di atas katil. manakan tidak, daripada pagi bertungkus-lumus menyiapkan rumah yang bab tongkang pecah, anak-anaknya yang seramai lima orang itu masih kecil-kecil lagi.
"Mane die budak ni? Hish, dapat dek aku nanti ni, siap la. Dengan rotan je aku sebat. dah berapa kali aku pesan, main jangan di sini. main la di depan sana tu, bukan takde tempat. tempat ni juge yang disukanya. habis pasu aku berderai /pecah..hiiisshhhhh!" bagai membentak saja kak senah. lagak budak yang tak dapat barang mainan.
kebetulan siti, anaknya yang ketiga lalu di depan mata. "Siti," kak senah menyergah. terkedu anaknya itu, menoleh memandang emaknya yang bagai singa kelaparan. "abang kamu mana? abang kamu? amin? mana dia? mak nak rotan dia...dipecahkannya pasu mak. baru je mak beli dari ipoh hari tu. mahal tau tak?" siti terkebil-kebil memandang emaknya, "mak ni, bising la.orang (saya) nak main pun tak senang. mana la orang tau abang kat mane. orang dari rumah sakinah ni." mulut siti memuncung, tidak senang mendengar bebelan emaknya sedangkan bukan kesalahnnya pasu emaknya pecah.
satu motorsikal memasuki halaman rumah kak senah. "Ape bising-bising ni senah...dari jauh dah abang dengar," abang mat menegur. dia yang baru pulang daripada kerja hairan memerhatikan orang rumahnya yang tercegat bagai polis pencen di depan pintu. "amin ni hah, habis pecah pasu saya dilanggarnya. mana saya tak geram," kak senah mengadu. abang mat menggeleng-gelengkan kepala. faham benar dengan perangai isterinya. "dah-dah la tu. bukan mahal mana pasu tu, nanti kite gam kan balik ye yang," abang mat berseloroh/bergurau. kak senah mencebik.
No comments:
Post a Comment