Sekadar berkongsi rasa jiwa...

Wednesday, October 16, 2013

my living is for Allah

finally, the light shone into my way.

i have truly understand what my lecturer had said

"la ilaha illa Allah is a radical statement."

yup, truly indeed. it is radical. changing. for the better.

for ourself. for the world. for the ummah.

La ilaha illa Allah. There is no God but Allah.

negate whatever between us and God.

negate whatever that can block us from being close to God.

it is not about running away from the worldly affairs.

it is about how to serve God, in and out

in the best way that we could.

inna solati wanusuki wa mahyaya wa mamati lillahi rabbil 'alamin.

"Indeed my prayer, my rites of sacrifice, my living and my dying are for Allah, Lord of the Worlds." (6:162)

Thursday, October 3, 2013

adiwira

Aku bukan adiwira. Kau juga. Dan kau. Dan kau.

Kita manusia.

Aku bukan adiwira. Yang mampu buat apa sahaja.

Aku manusia.

Lemah. Tunduk pada nafsu. Tunduk pada hati.

Lemahkah itu? Lemahlah aku.

Aku bukan adiwira.

Tak mampu tahan rasa hati. Yang marah. Yang penat. Yang sedih.

Aku manusia.

Tak bisa gembirakan kau dan kau selalu.

Aku manusia.

Tak mampu kesat air mata semua.

Aku manusia.

Yang bila tunduk pada kata hati dan emosi, lampiaskan semua.

Mahu dengar pada kata aku sahaja. Aku tamak.

Aku manusia.

Yang pabila tunduk pada kata jiwa                 _iam. Akur.

Fitrahku itu.

Manakan aku melawan Dia? Yang tahu dan punya segala?

Aku manusia.

Yang sakitkan kau dan kau dan kau.

Maafkan aku.

Aku  manusia.

Maafkan aku

sekali lagi.


Tuesday, August 20, 2013

mereka memerhatikan kita....

seorang guru , di pagi hari menerima anak muridnya di pintu pagar. menangis. menangis yang bukan perlahan. "ina nak ibu...ina nak ibu.." mendayu-dayu tangisannya. suaranya yang memang sedia serak-serak dan kuat, menjadikan volume tangisan itu di skala yang besar.

setelah dipujuk beberapa ketika, si anak murid terdiam. cuma seketika. anginnya datang, tangisannya bergema kembali. si guru masih sabar melayan. buat kali yang ketiga, si guru akhirnya membiarkan. sudah tak larat nak memujuk-mujuk. si guru yang selalunya sabar dan lembut, hari ini hormonnya kurang stabil. anginnya boleh naik bila-bila masa. kesabarannya senipis lempeng pisang.

di kelas, anak itu kembali menangis. disuruh duduk sahaja, air matanya kembali mengalir. kawan-kawan prihatin. "teacher, ina menangis." si guru memandang dan sekadar menegur, "ina, dah, dah tu. nanti petang ibu ambil la. ibu kan work hari ni." benar-benar takde mood nak memujuk hari ini, huh! kawan-kawan yang penyayang bertanya dan memujuk sendiri kawan yang tak henti-henti merengek. "ina, kenapa?" "ina nak ibu?" "ina janganlah nangis. kita tak nangis pun." sudah tak tak tahan mendengar tangisan yang berlarutan, si guru mengugut, "teacher  tak nak kawan dengan orang yang menangis. kalau ina tak nangis , teacher kawan dengan ina." ugutan berhasil, namun cuma seketika.

masa berlalu. tiba waktu rehat. ina dibiarkan sedari tadi dalam tangisan on-offnya. beberapa ketika berlalu, tiba-tiba si murid muncul di tepi guru. tersenyum-senyum. memegang baju guru. guru jadi hairan. "ina dah makan?" si murid mengangguk-angguk. duru terdiam. mencerna maklumat. maslow's hierarchy. "ina lapar ye tadi?" si murid mengangguk lagi. "ina lapar..."

sangkanya panas hingga ke petang, rupanya gerimis mengundang di tengah hari. sedang guru sibuk memberi arahan dan menunuk ajar murid-murid di satu meja, tangisan ina bergema kembali.kali ini kuat sekali. "ina nak ayah...ina nak ayah...." suasana kelas memang begitu bising. meja yang si guru duduki juga bersimpongang dengan suara-suara anak gadis meminta guru itu dan ini, berbual sesama sendiri, dan merengek-rengek inginkan perhatian guru. suara si murid yang menangis memang benar-benar menambah kekacauan di meja itu.

si guru jadi kurang sabar. dibiarkan dulu tangisan itu. "ina nak ayah...hukhukhuk..." sabar si guru yang tinggal senipis kulit bawang akhirnya koyak. pandangan tajam dihadiahkan buat murid. tangan dihempas kuat ke meja. "ina, sudah! stop crying! teacher dah penat dengar awak nangis. dah, dah!" sambil telunjuk dihalakan pada murid.

kawan-kawan si murid yang berada di meja itu terdiam. masing-masing memandang si guru yang baru sahaja melampiaskan kemarahan. si guru yang selalu dianggap tidak garang, yang amarahnya juga selalu dipandang enteng, kali ini kelihatan benar-benar menunjukkan darjah kemarahannya yang tinggi.

"teacher, tak baik lah macam tu." murid berambut panjang yang duduk di hadapan guru menegur. guru berpaling memandang yang menegur. "teacher dah penat dengar dia menangis dari pagi tadi, awak." si guru membela diri. sedang dalam hati, malu juga ditegur sebegitu. "janganlah marah ina, dia nak ayah dia." si rambut panjang menyambung. si guru menimbang-nimbang dalam hati. aku ni tak sabar betul, anak aku lagi pandai fikir.

kawan di sebelah murid itu memegang bahu si murid, "ina nak ayah ye?" si murid mengangguk. si kawan berpaling menghadap si guru, "teacher, ina nak ayah dia." guru bangun. ingin membetulkan keadaan. wajib membetulkan persepsi murid dan menunjukkan mereka tindakan yang sewajarnya diambil. "ina, teacher minta maaf. teacher tak patut marah awak macam tu. ina jangan nangis dah ye. nanti petang ayah atau ibu ambil. ina makan, tidur, mandi, main, lepas tu ibu datang ambil ye?" tubuh murid dipeluk. menyalurkan kasih sayang dan pujukan. murid mengangguk kecil. "ina ada masalah dengan ibu ke? ibu ada cakap apa-apa dengan ina?" si murid menggeleng, "ina sayang ibu." "ye teacher tau, ibu pun sayang ina. petang nanti ibu ambil. dah, jangan nangis."

si guru menarik perhatian si murid untuk membuat buku kerja yang terbentang di atas meja. mujur si murid mahu mendengar kata kali ini dan membuat tugasan yang diberikan.

dan ketika kawan-kawannya pulang tengah hari itu, tangisan si murid bergema kembali. "ina...ina..." haih

Sunday, May 12, 2013

kalau dah jodoh...

sana-sini rakyat jelata dah sibuk buat persiapan..
tukang-tukang masak istana bersibuk klung-kleng-klung-kleng di dapur,
tukang-tukang kebun bertungkus-lumus siapkan bonsai paling agung,
dayang-dayang ke sana ke mari menghias singgahsana,
awang-awang ke hulu ke hilir membeli barang  mencukupkan yang perlu,
menteri-menteri mengedarkan jemputan buat dif-dif kehormat...

waduh..sibuk sekali hendak meraikan raja dan permaisuri sehari!



sehari je pun....
tapi preparation..hadoi..! hahaha

hemm...musim-musim cuti sekolah ni, memang bertebaranlah kenduri kahwin. kanan makan ayam masak merah, yang kiri pulak buat gulai lemak nangka. balik-balik rumah dah pening..banyak sangat makan daging.

kadang-kadang rasa ta'ajub jugak...dengan events dalam hidup manusia ni. Allah dah susun dengan baik sekali, cantik sekali aturannya. dari lahir, membesar jadi kanak-kanak, berkembang jadi dewasa, berjumpa dengan orang yang tup-tup, jadi suami atau isteri. pelik kan? (ke aku sorang je yang rasa pelik?huh) 

kawin pulak, ada macam-macam jenis. ada yang memang bercinta dari zaman sekolah, ada yang berkenalan di U, ada yang berjumpa di tempat kerja, ada yang diperkenalkan saudara atau keluarga, ada yang jatuh cinta pandang pertama...ajaib, ajaib ! :)

walau macam mana pun caranya, kalau dah jodoh tu, takkan ke mana. ikan di laut, asam di darat, dalam belanga bertemu juga. 

takdir tu dah tertulis. Allah dah siapkan semuanya untuk kita. tapi pelaksanaannya? hmm...boleh ke kita pilih? nak takdir kita terjadi dalam keadaan baik, atau sebaliknya?

jodoh...kita nak dapat dengan cara baik, atau tak baik?

kalau jodoh dengan si A, Tuhan dah kata memang dengan dia....tapi asbab perkenalan, jumpa di kelab malam...best ke? 

kalau jodoh dengan si B, Tuhan dah kata memnag dialah orangnya...tapi sepanjang perkenalan, phone tak lekang dari tangan, gayut tiap-tiap hari...bagus ke?

kalau jodoh dengan si C, Tuhan kata memang itulah jodoh kamu...tapi semenjak bertunang, kalau tak jumpa sehari tak sah, jumpa depan pagar rumah pun jadilah, nak tengok muka je....ok ke?

aku ni bukanlah baik sangat...tapi setiap orang ada pengalaman..dan pengalaman mematangkan kita kan? :)

bercinta tak salah, tapi cara kita bercinta yang maybe salah. 

ada rasa cinta tak salah, itu fitrah...tapi cara kita handle rasa cinta yang mungkin salah. 

kalau hati dah berkenan, bawak-bawakla jumpa mak ayah. kalau rasa belum masanya lagi, belum bersedia, jaga-jagalah hati, supaya tak menyimpang, terkeluar dari landasan.

tak yah la SMS setiap masa, update status kat gf/bf setiap kali bangun tidur/makan/keluar....seriously, buang kredit, buang masa. 

kalau dah ada yang kita suka, tanya dia betul-betul, ke mana arah tuju perhubungan. kalau sekadar nak berkawan, okey, buat biasa-biasa je. no heart feeling, no hard feeling. masa tak terbuang, hati tak sakit.

kalau dah jodoh......




Thursday, January 17, 2013

melancholic me

being a melancholic person is sometimes depressing..hehe.

 it's not that i'm not being grateful for the person i am, it's just that being yourself is somehow tiring and depressing (in certain situations). believe it or not, we are always wearing mask in front of others. maybe not all, but i am. i only realized it after i learned a little bit about personality plus (ref: littauer), informally. 

i am a melancholic + phlegmatic person, and for years i am being myself that it bothers some people around me, almost all the times. being a close friend to two sanguines for 4 years (alhamdulillah...still and until now), i've learned a lot from them. i now realized that i always wear the sanguine mask in public! it is not hypocrite for me, it is just you try to please people around you, to make sure that they are comfortable and happy having you around, insyAllah. even Prophet Muhammad (peace and mercy be upon him) has always being so kind and understanding, pleasing everyone around him although he is in sadness or in hurt, masyaAllah!

but sometimes, when u badly need yourself to be just you, it seems like a sin, just to do that. why? because they are some who do not recognize your personality, do not understand it or do not want to even know about it. being a melancholic and introvert also, i always want to have a private space and time for myself, but with the hectic schedule, it seems impossible to have that. result? fatigue me. phew, that doesn't sound nice, but surely, that's how i can describe myself now. maybe for other persons, especially cholerics, the workloads and jobs stacked in my trays are just like 'kacang', but for melancholic like me, all i need is ample time and space to reschedule myself, have some rest, and resume working. pity my students, i could not give them the best that they deserve. be patient darlings, teacher will come back. ajaa!! hahaha

no rambling, just hoping that there are more people outside who wish to learn and understand others's personality, so that some people can do things that they need to do badly without feeling guilty. wishing that some people will understand how others feel, and not blaming them for their feeling and actions. i is true that personality could not be blamed, but we can adjust and manage it, so that it can benefit us, not leading us to destruction, insyaAllah.

p/s: sorry for the grammar mistakes, and also the lengthy, confusing phrases. sorry for any mistakenly-used term or words, i'm not that good in English.