Sekadar berkongsi rasa jiwa...

Thursday, October 3, 2013

adiwira

Aku bukan adiwira. Kau juga. Dan kau. Dan kau.

Kita manusia.

Aku bukan adiwira. Yang mampu buat apa sahaja.

Aku manusia.

Lemah. Tunduk pada nafsu. Tunduk pada hati.

Lemahkah itu? Lemahlah aku.

Aku bukan adiwira.

Tak mampu tahan rasa hati. Yang marah. Yang penat. Yang sedih.

Aku manusia.

Tak bisa gembirakan kau dan kau selalu.

Aku manusia.

Tak mampu kesat air mata semua.

Aku manusia.

Yang bila tunduk pada kata hati dan emosi, lampiaskan semua.

Mahu dengar pada kata aku sahaja. Aku tamak.

Aku manusia.

Yang pabila tunduk pada kata jiwa                 _iam. Akur.

Fitrahku itu.

Manakan aku melawan Dia? Yang tahu dan punya segala?

Aku manusia.

Yang sakitkan kau dan kau dan kau.

Maafkan aku.

Aku  manusia.

Maafkan aku

sekali lagi.


No comments: