Sekadar berkongsi rasa jiwa...

Wednesday, November 24, 2010

makhluk emosi

wanita...
makhluk emosi...

kenapa aku katakan wanita?
tidak perempuan?
kerana selalunya...
perempuan hanya banyak songeh...
tapi wanita
banyak emosi...
(hahaha...betul ke?)

wanita...
makhluk emosi...

gembira, sedih
benci, cinta
sayang, marah
geram, suka
bahagia, kecewa

wanita...
makhluk emosi...

kerana satu perkataan
dia boleh terluka
kerana sepotong ayat
yang terpacul
daripada bibir
insan kesayangannya
dia boleh merana

air mata jadi mainan
gembira dia
sedih dia
geram dia
kecewa dia
suka dia
bahagia dia
terkandung dalam aliran deras
air hangat
di pipi

wanita...
makhluk emosi...

egonya lebur
di kakinya sendiri
kerana cinta
kerana rindu

wanita...
makhluk emosi...

hatinya hancur
di tangannya sendiri
jadi korban
sayang
cinta

wanita...
makhluk emosi...




4 comments:

Cik Aqilah Wardah said...

jadi, anda ialah wanita atau perempuan??? :D

shazni hj muda said...

hehe...yaya syg.mish u...cm sumthing je entry neh..r u ok lalink? is there anything dat i've olredy missed?

anakamal said...

qila: saya dua2,hahaha
ironically, i'm a woman, wanita...hahaha
nonie: noni sayang...miss u like crazy,hahaha. beselah, aku kan ati tisu...tu entry semacam je, hua3. setakat ni everything is ok....hehe

Anonymous said...

jgn emosi2..xelok hui3