Sekadar berkongsi rasa jiwa...

Sunday, April 10, 2011

boleh tak kita ubah takdir kita?




jika anda sekalian dapat mengetahui masa depan anda...
apa yang akan anda lakukan?
move on?
berdiam seketika, dan teruskan langkah?
menunggu saat itu tiba, dengan atau tanpa usaha?
atau...
berpatah ke belakang?

takdir - destiny 
satu perkara yang sangat tak terjangkau fikiran
tiada daya menebaknya
sedangkan takdir kita seminit ke depan pun tak dapat diteka
apatah lagi sepuluh tahun akan tiba?

melangkah meniti hari-hari
tersedar diri semakin tua
uhuk3
macam-macam benda dah kene difikirkan
kerja
aset
keluarga


a.k.a
kahwin

seorang kawan pernah bertanya
"boleh tak kita ubah takdir kita?
kita rase memang kita suka dia
dan dia suka kita
tapi
keadaan macam agak sulit
untuk kitorang bersatu
macam tak mengizinkan
boleh tak kalau kitorang
masih nak cuba?"

aku terdiam sejenak
"kau tau tak takdir kau?"

"tak"

"then
usaha
sebab kita tak tau apa akan jadi
sedangkan yang kahwin pun
boleh bercerai
takde salahnya mencuba
selagi ada daya
sebab Tuhan juga yang menentukan akhirnya"

takdir
begitu banyak pendapat mengenainya
dalam agama sendiri
setiap school of thought ada pegangan sendiri
qadariyyah
dengan free-will
setiap tindakan manusia tergantung pada dirinya sendiri
jabariyyah
segala-galanya tergantung pada Allah
kita umpama bulu yang ditiup angin

kita mahu pegang yang mana?
pegang yang sederhana saja
pertengahan
setiap tindakan kita
diberikan Allah pilihan dan kuasa untuk bertindak
yang tergantung pada Dia
'kun' kataNya
maka jadilah

takdir-destiny
bukan kita menentukan
tapi dapat kita mencorakkan
"boleh tak kita ubah takdir kita?"
kita tak tahu
sebab?
kita tak tahu pun
takdir kita
tulisan Allah untuk kita
ketentuan Allah untuk masa depan kita
kerja kita
jodoh kita
rezeki kita esok
maut kita
kuburan kita
semua tergantung Dia

apa yang tinggal untuk kita?
usaha
usaha
usaha
doa
tawakkul

kita tiada kuasa
nak tentukan masa depan 
kerana dalam tanganNya lah 
segala-galanya
tapi
usaha
usaha
usaha
doa
tawakkul
untuk yang terbaik
terbaik
terbaik untuk kita
kerana
hanya Dia yang tahu!


~Tuhan
aku redha dengan ketentuanmu
kerana aku tahu
hanya yang terbaik
Kau berikan untuk setiap hambaMu~


No comments: