Sekadar berkongsi rasa jiwa...

Monday, April 11, 2011

Pabila duka itu datang menjengukmu
jangan kau palingkan muka daripadanya
kerana duka itu bisa jadi penawar hatimu yang basah
dengan ketawa dan ria sentiasa
Ketika suka datang mengetuk pintu
jangan takut untuk membukanya
biar suka jadi teman
menepis sedih dan pedihmu   








Sewaktu marah memunculkan diri
jangan kau pamitnya dekat lagi
jangan juga dihalau pergi
timbang-timbangkan dulu eloknya peri
kadang perlu untuk sendiri
meluah sakit dan panas hati
Tatkala senang menawar budi
jangan kau terima seriang hati
biar tetap diri, hati tak lupa iman                     
risau-risau terbabas, menempah maut kuburan sendiri
Jikalau payah, susah datang mengganti
biar, biar… rasakan sakit itu seminit jua
tanda Tuhan beri peringatan
pada diri yang lupa syukur 
namun
jangan dilepas doa dan ratib
mohon dilepas sengsara dunia
moga akhirat pun sama juga

2 comments:

shazni hj muda said...

::well done dear:: secukup rase...

anakamal said...

maggi cukup rasa..haha. thanks yang..bese2 je i ni, ade orang lagi bagus, lagi pandai dari i..heee